[VIDEO] ‘Alhamdulillah Tun M nampak kemas, makin sihat’

22 Oct 2026 • 5:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] ‘Alhamdulillah Tun M nampak kemas, makin sihat’

PETALING JAYA – Penampilan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika melawat pusara isterinya, Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali di Putrajaya hari ini mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin di aplikasi Threads, Tun Mahathir yang berkerusi roda dilihat berada di sisi pusara Allahyarham Tun Siti Hasmah dengan ditemani beberapa individu.

Dalam rakaman tersebut, Tun Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang hadir menziarahi pusara isteri tercinta.

“Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah,” katanya ringkas.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai apabila rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa lega melihat penampilan Perdana Menteri Keempat dan ketujuh itu yang disifatkan lebih kemas dan berseri.

“Alhamdulillah, nampak Tun semakin rapi. Semoga Tun diberi kekuatan dan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat Allah SWT,” kata seorang pengguna.

“Alhamdulillah, nampak Tun M dah makin sihat. Wajah sugul dah tak ketara macam awal-awal hari itu. Moga Tun M sihat selalu,” komen seorang lagi pengguna.

Seorang pengguna turut menyifatkan Tun Mahathir kelihatan kembali berseri seperti dahulu.

“Tun nampak muda pula, berseri. Nampak macam dulu-dulu,” katanya.

“Tun dapat potongan rambut baharu! Segak. Semoga sihat dan tenang ya Tun, kami ada dan sentiasa menyokong Tun,” tulis seorang netizen.

Sementara itu, ada pengguna media sosial yang tersentuh melihat kunjungan Tun Mahathir ke pusara isterinya.

“Setiap hari ke Tun ziarah kubur? Mesti rindu sangat,” soal seorang netizen.

Tun Dr. Siti Hasmah meninggal dunia pada usia 100 tahun di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 28 September lalu.

Allahyarham diberikan penghormatan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Pembesar Negara. Jenazah Tun Dr. Siti Hasmah dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

@drradzijidin“Terima kasih kepada semua yang hadir ziarah kubur Hasmah.” — Tun Dr. Mahathir Sama-sama kita doakan semoga Tun terus kuat dan diberikan kesihatan yang baik.♬ original sound – DrRadziJidin

The post [VIDEO] ‘Alhamdulillah Tun M nampak kemas, makin sihat’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved