“Nampak Letih Tapi Steady Layan” - Gelagat Khairul Aming Melayan Peminat Di Kelantan Raih Pujian Netizen

7 Dec 2024 • 5:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Gelagat pempengaruh dan usahawan Khairul Aming bersama masyarakat di pusat banjir berjaya menarik perhatian netizen baru-baru ini. 

Layan peminat

Menerusi satu perkongsian netizen di akaun TikTok, memaparkan momen Khairul Aming dikerumuni oleh beberapa individu termasuk golongan kanak-kanak. 

Meskipun raut wajah usahawan sambal nyet itu kelihatan letih, namun dia masih gigih melayan peminat yang mahu bergambar. 

“Seronok tengok Khairul Aming melayan dan membantu mangsa-mangsa banjir. Semoga menjadi inspirasi anak muda,” tulis pemilik video tersebut. 
 

@wani.arma Seronok tengok KA melayan dan membantu mangsa2 banjir. Semoga menjadi inspirasi anak2 muda juga...semoga dipermudahkan segala urusan mangsa2 banjir yg terlibat. #banjir2024 #khairulaming ♬ A letter from an angel - Eisuke Mochizuki

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap Khairul Aming (KA) yang dianggap sebagai seorang yang penyabar. 

“Nampak letih tapi steady layan kan.

“Nampak KA penat sangat tu.

“Sabar sungguh KA layan anak-anak seronok tengok.

“Daripada tua sampai muda, KA memang ramai peminat, komen beberapa netizen. 

 


Terdahulu, Khairul Aming berada di negeri Kelantan kira-kira selama seminggu bagi menghulurkan bantuan susulan bencana banjir.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved