Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Melihat individu dengan selamba menghisap rokok di tempat awam dan tempat terlarang memang ‘menyakitkan mata’. Bukannya apa, kadang-kadang tu sudah ditegur, tetapi masih degil dan terus menghisap rokok.
Lebih-lebih lagi di kawasan tempat makan dan berhampiran kanak-kanak serta bayi.
Berita baik untuk orang awam kini anda boleh membuat aduan secara terus kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui MyLapor di aplikasi MySejahtera sekiranya ternampak orang menghisap rokok di tempat terlarang.
Sistem MyLapor mula beroperasi semalam (12 Oktober), bagi memudahkan orang awam menyalurkan laporan mengenai kesalahan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 [Akta 852].
Cara Buat Aduan Di MyLapor Menerusi Aplikasi MySejahtera
Buat anda yang selalu berdepan masalah ini, di sini kami kongsikan cara-cara membuat aduan di MyLapor menerusi aplikasi MySejahtera.
#1 Buka App MySejahtera & Klik MyLapor
Buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke menu bahagian atas dan tekan fungsi MyLapor. Kemudian, tekan butang ‘Laporkan di sini’.
Kalau tak nampak MyLapor, anda belum kemaskini (update) aplikasi MySejahtera.
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-MySejahtera-517x1024.jpeg)
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-MySejahtera-2-508x1024.jpeg)
#2 Pilih Kesalahan & Muat Naik Gambar
Selepas itu, pengguna boleh memilih jenis kesalahan yang ingin anda laporkan. Pilihan yang ada termasuk:
- Saya perasan ada orang hisap rokok di kawasan tempat makan/di tempat terlarang
- Saya nampak anda individu bawah umur hisap rokok
- Aduan lain-lain
Selepas memilih kesalahan yang bersesuaian, anda diminta untuk memuat naik foto berkaitan sebagai dokumen tambahan. Namun gambar itu hanyalah pilihan. Sebagai contoh, gambar orang sedang merokok ketika sedang duduk di restoran.
Bak kata hantaran video di laman KKM, buat-buat selfie je supaya si pelaku tidak menyedari tindakan anda mengambil gambar mereka.
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-MySejahtera-3-503x1024.jpeg)
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-MySejahtera-4-519x1024.jpeg)
#3 Isi Butiran Tempat & Pilih Kategori Lokasi
Selepas selesai memuat naik gambar, isi maklumat tentang lokasi kejadian termasuklah alamat, negeri, dan deskripsi.
Jangan lupa juga untuk memilih kategori lokasi sebagai contoh kedai berhawa dingin, lapangan kapal terbang, pusat jagaan kanak-kanak dan lain-lain.
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-MySejahtera-5-509x1024.jpeg)
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-MySejahtera-6-528x1024.jpeg)
#4 Semak Butiran & Hantar Aduan
Langkah terakhir adalah menyemak semua butiran dan maklumat sebelum tekan butang ‘Hantar’ di bawah. Settle!
Daripada bergaduh mulut yang mampu membawa kepada perbalahan, adalah lebih baik membuat aduan terus kepada MyLapor supaya pihak berkuasa KKM boleh mengambil tindakan.
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-MySejahtera-7-499x1024.jpeg)
Pengadu Akan Terima Notifikasi Status Aduan MyLapor
Menurut KKM, setiap aduan akan disalurkan terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat berdasarkan lokasi kejadian.
Ini membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil dengan lebih cepat, tepat dan berkesan tanpa perlu melalui proses penyaluran aduan yang panjang.
Apa yang bagus tentang ciri MyLapor ini adalah ia juga membolehkan pengadu menerima notifikasi status aduan yang telah dibuat melalui aplikasi sama.
28 Kawasan Larangan Merokok Di Bawah Akta 852
Sebagai info terdapat 28 kawasan yang tidak dibenarkan merokok seperti:
- Pusat hiburan atau teater, kecuali kasino
- Kawasan hospital atau klinik
- Lif atau tandas awam
- Tempat makan
- Kedai berhawa dingin
- Bangunan dobi
- Bangunan / hentian pengangkutan awam
- Kawasan lapangan terbang
- Kawasan premis kerajaan
- Bangunan Parlimen Malaysia
- Kawasan institusi pendidikan atau institusi pengajian tinggi
- Kawasan taman asuhan kanak-kanak
- Kawasan stesen minyak
- Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti hiburan sama ada di mana-mana tempat awam atau di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian
- Kaunter perkhidmatan awam
- Kompleks membeli-belah
- Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gimnasium
- Kompleks sukan
- Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- Kawasan perpustakaan
- Kafe internet
- Kawasan tempat latihan khidmat negara
- Bangunan tempat kerja
- Kawasan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Di dalam bas sekolah
- Kawasan rehat dan rawat kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Di dalam kenderaan awam
- Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar mana-mana taman negara atau taman negeri
![Image from: Nampak Orang Hisap Rokok Di Tempat Larangan? Ini Cara Buat Aduan MyLapor Di App MySejahtera [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/MyLapor-1.jpg)
Boleh Juga Salur Aduan Melalui Kod QR MyLapor Di Tempat Awam Atau Pautan Rasmi
Aduan menerusi MyLapor ini bukan sahaja boleh dilakukan di aplikasi MySejahtera, anda juga boleh membuat laporan mengenai kesalahan di bawah Akta 852 dengan mengimbas kod QR MyLapor yang boleh didapati di didapati di premis-premis awam, kedai, atau restoran.
Selain itu, anda juga boleh membuat aduan dengan mengakses pautan [DI SINI].
Inisiatif MyLapor ini membantu individu membuat laporan kepada KKM tanpa perlu bersemuka dengan pelaku yang melakukan kesalahan.
Baca Artikel Berkaitan: “Kena Saman, Bayar Je Bro” – Lelaki Dikecam Selamba Hisap Rokok Berdekatan Papan Larangan Di Kompleks BSI, Johor [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Selamba Hisap Rokok Ketika Berada Di Kedai Makan Undang Pelbagai Reaksi
Baca Artikel Berkaitan: Selamba Hisap Rokok Di Stesen Minyak, Tindakan Lelaki Undang Perhatian [Video]




