Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, disahkan selamat menjalani rawatan susulan yang telah dijadualkan oleh pasukan perubatan di luar negara.
Baginda kini sedang menjalani tempoh rehat selepas selesai mendapatkan rawatan berkenaan.
AdvertisementView this post on Instagram
Perkembangan positif itu pastinya melegakan rakyat yang sentiasa menitipkan doa buat kesihatan dan kesejahteraan Sultan Mizan.
Sultan Mizan Bertemu CZN Burak Di Turkiye
Dalam tempoh baginda berehat, satu perkongsian oleh cef terkenal dari Turkiye, Burak Özdemir atau CZN Burak, turut menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di Threads, CZN Burak dilihat menyambut keberangkatan Sultan Mizan ke premis restorannya dengan penuh mesra.
View this post on Instagram
CZN Burak turut menyembahkan sehelai apron istimewa kepada baginda, manakala Sultan Mizan kelihatan santai mengenakan kemeja polo dan seluar kasual.
“Selamat datang ke restoran kami, Tuanku!”
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet Malaysia yang teruja melihat pertemuan antara cef terkenal itu dengan Sultan Terengganu.
Netizen Titip Doa Buat Sultan Mizan
Ramai pengguna media sosial turut menyifatkan CZN Burak bertuah kerana berpeluang bertemu Sultan Mizan secara bersemuka.
“Awak sangat bertuah dapat bertemu dengan Sultan Terengganu kami. Baginda seorang yang sangat rendah diri,”
Dalam masa sama, ada juga yang mengambil kesempatan untuk menitipkan doa agar baginda sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
“Semoga Sultan Mizan sentiasa sihat dan dipelihara Allah SWT.”
Keadaan Sultan Mizan yang kelihatan tenang dan ceria ketika meluangkan masa berehat itu turut memberi kelegaan kepada rakyat.
Pertemuan santai bersama CZN Burak juga memperlihatkan sisi mesra baginda ketika berada di luar negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Takkan Nak 'Expect' Saya Ketuk Pintu Rumah Dia" - Khairul Aming Jawab Dakwaan Tak Peduli Isu 'Scalper'
The post “Nampak Sihat Sultan Kami..” – Cef Terkenal CZN Burak Sambut Sultan Terengganu Di Turkiye first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






