TFC buka musim baharu Liga Super langkah kanan, benam Melaka 3-0

LocalFootball
22 Aug 2026 • 11:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: TFC buka musim baharu Liga Super langkah kanan, benam Melaka 3-0

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) memulakan musim baharu dengan langkah kanan apabila membenam cabaran Melaka FC (MFC) 3-0 dalam aksi pertama Liga Super 2026/2027 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, di sini malam ini.

Skuad TFC yang berwajah baharu dengan menampilkan ramai tonggak berpengalaman membuka tirai jaringan menerusi rembatan rendah penyerang skuad Piala Dunia Curaçao, Gervane Kastaneer pada minit ke-12 selepas menerima bola umpanan Victor Ruiz.

 ‘Arkitek’ kelahiran Bahrain, Habib Haroon hampir menggandakan jaringan tuan rumah namun bola percubaannya pada minit ke-25 melepasi palang gol MFC.

Jaringan kedua skuad kendalian Nafuzi Zain hadir pada hujung babak pertama permainan, berpunca daripada kehilangan penguasaan bola di bahagian tengah padang oleh pemain MFC.

Situasi itu disambar Ruiz yang mara dan menolak bola ke sebelah kanan sekali gus memerangkap penjaga gawang pelawat, Khairul Fahmi Che Mat.

Lima minit selepas babak kedua bersambung, Kastaneer hampir menambah jaringan kedua peribadi menerusi dua percubaan dalam tempoh dua minit namun bola tendangan penyerang import TFC itu diselamatkan Khairul Fahmi.

Gandingannya dengan Jordan Mintah berjaya merobek gawang MFC buat kali ketiga apabila  Kastaneer yang menerima bola lorongan pemain itu mengelecek meninggalkan Khairul Fahmi sebelum menolak masuk ke dalam gawang terbuka pada minit ke-79.

Kemenangan 3-0 itu melegakan Nafuzi yang awal-awal lagi mengingatkan anak buahnya supaya menghasilkan permulaan positif untuk membina momentum dalam saingan Liga Super musim baharu ini.

TFC dijadual bertembung dengan Selangor FC pada aksi kedua yang turut berlangsung di gelanggang sendiri, Jumaat ini manakala MFC melayan kunjungan Negeri Sembilan pada 30 Ogos ini. – UTUSAN

The post TFC buka musim baharu Liga Super langkah kanan, benam Melaka 3-0 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved