NaniRoc Nafi Dia Wanita Ditahan Dalam Kes Khalwat Bersama Nik Nazmi

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 5:37 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

NaniRoc Nafi Dia Wanita Ditahan Dalam Kes Khalwat Bersama Nik Nazmi

KUALA LUMPUR - Pengacara, Nani Roslan, atau lebih dikenali sebagai NaniRoc, menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan wanita yang ditahan dalam kes khalwat membabitkan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, spekulasi yang tersebar di media sosial sehingga mengaitkan nama, gambar dan videonya dengan dakwaan berkenaan telah menjejaskan reputasi serta maruahnya.

Menerusi kenyataan video yang dimuat naik di Instagram, Nani berkata, beliau pada mulanya memilih untuk tidak mengulas kontroversi itu, namun tampil memberikan penjelasan selepas namanya dikaitkan dengan pelbagai dakwaan yang disifatkannya sebagai tidak berasas.

“Saya bukan wanita itu,” katanya.

Nani turut meluahkan rasa kecewa terhadap komen berunsur seksual, penghinaan dan kata-kata kesat yang disifatkannya sebagai mencemarkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Beliau juga menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan mana-mana pihak yang didakwa merancang kejadian berkenaan.

Menurutnya, penglibatannya sebagai pengacara profesional menyebabkan beliau berpeluang mengendalikan pelbagai program dan acara yang dihadiri individu daripada pelbagai latar belakang, termasuk ahli politik.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, penglibatan profesional itu tidak seharusnya ditafsirkan sebagai sokongan terhadap mana-mana pendirian atau parti politik.

Nani mendakwa turut berdepan kesan terhadap kerjayanya, termasuk disenaraihitamkan, menerima pembatalan jemputan pada saat akhir serta kehilangan tugasan pengacaraan akibat tanggapan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan parti politik tertentu.

Beliau turut memaklumkan bahawa penglibatannya sebagai hos podcast telah berakhir pada 30 September 2026.

Dalam pada itu, Nani menggesa orang ramai supaya lebih bertanggungjawab ketika memberikan komen mengenai isu tular dan tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara untuk menyebarkan dakwaan berunsur fitnah tanpa bukti.

Beliau mengingatkan bahawa tindakan sedemikian boleh membawa implikasi undang-undang, selain menasihatkan pengguna media sosial agar tidak menjatuhkan reputasi individu lain berdasarkan spekulasi semata-mata. - Getaran, 18 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved