Wanita 23 tahun direman bantu siasatan kes jumpa mayat bayi di Kuala Berang

18 Oct 2026 • 11:20 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita 23 tahun direman bantu siasatan kes jumpa mayat bayi di Kuala Berang

HULU TERENGGANU: Seorang wanita berusia 23 tahun ditahan reman empat hari sehingga 21 Oktober ini bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi tanpa kepala di Taman Perumahan Padang Setengge, di sini, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman terhadap wanita itu dikeluarkan Majistret Nur Athirah Hashim di Mahkamah Majistret Kuala Berang d sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, wanita itu ditahan pada pukul 3.30 petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Ia berkaitan kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang atau menyembunyikan mayat secara sulit sama ada bayi berkenaan meninggal dunia sebelum, semasa atau selepas dilahirkan.

“Sabit kesalahan individu terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, mayat seorang bayi dilapor ditemukan di dalam longkang dalam keadaan tidak sempurna di kawasan Perumahan Padang Setengge oleh seorang penduduk perumahan tersebut ketika sedang membasuh pakaian di belakang rumahnya

Hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu mendapati, bayi tersebut meninggal dunia lebih 24 jam sebelum mayatnya ditemukan. – UTUSAN

The post Wanita 23 tahun direman bantu siasatan kes jumpa mayat bayi di Kuala Berang appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved