“Nape dia pegang tangan?” – Lakonan TikToker Sabrina Dalam K-Drama Jadi Bualan Ramai

Entertainment
20 Sep 2023 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sabrina Azhar merupakan seorang influencer yang sering berkongsi kehidupannya sebagai seorang pelajar di universiti ternama di Korea Selatan, dia juga sebelum ini banyak memuat naik video dance cover lagu-lagu K-Pop.

Terkenal menerusi media sosial TikTok, Sabrina juga pernah menemubual artis K-Pop popular TWICE serta pelakon-pelakon Money Heist versi Korea.

Baru-baru ini, dia melakar sejarah apabila membuat debut dalam arena K-Drama dengan membintangi sebuah siri yang bertajuk Girl In The Mirror.

Drama tersebut menceritakan kisah-kisah remaja di sekolah yang berdepan dengan masalah buli serta perkauman, difahamkan drama tersebut boleh ditonton menerusi laman YouTube.

Walaupun pencapaiannya itu dikira besar, namun masih ada segelintir netizen yang merasakan Sabrina sepatutnya menjaga batasnya sebagai seorang muslimah, kerana terdapat babak dalam drama itu yang memaparkan dia memegang tangan pelakon lelaki.

Dalam babak itu, kelihatan Sabrina terjatuh selepas ditolak oleh seorang gadis lain sebelum seorang lelaki mengangkatnya semula.

“Terkejut aku tengok dia pegang-pegang”

Ramai yang merasakan Sabrina tidak sepatutnya memegang pelakon lelaki tersebut ada juga yang mengatakan dia perlu mengasah lagi skil lakonannya.

image is not available

Hm, tapi nampak macam best pulak siri ni…

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.