Naquib Azlan, Adrian D’Silva & Douglas Khoo Wakil Malaysia Dalam Porsche ARBox Carrera Cup Asia 2026

19 Aug 2026 • 3:42 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Naquib Azlan, Adrian D’Silva & Douglas Khoo Wakil Malaysia Dalam Porsche ARBox Carrera Cup Asia 2026

Musim 2026 Porsche ARbox Carrera Cup Asia (PCCA) terus menyaksikan penyertaan pelumba Malaysia di pentas perlumbaan one-make Porsche paling kompetitif di rantau Asia, dengan Naquib Azlan, Adrian D’Silva dan Douglas Khoo antara nama tempatan yang mengharumkan nama negara sepanjang kempen musim ini.

Ketiga-tiga pelumba hadir dengan pengalaman serta cabaran tersendiri dalam kategori masing-masing, menjadikan penyertaan Malaysia antara perkara yang menarik untuk diperhatikan sepanjang musim PCCA 2026.

Kini, selepas lapan pusingan berlangsung di China, Jepun dan Thailand, perhatian beralih ke PETRONAS Sepang International Circuit apabila PCCA kembali ke Malaysia untuk Pusingan 9, 10 dan 11 pada 21 hingga 23 Ogos 2026.

Lebih menarik, berdasarkan Provisional Entry List yang dikeluarkan pada 17 Ogos, ketiga-tiga pelumba Malaysia berkenaan disenaraikan untuk beraksi pada perlumbaan hujung minggu ini. Naquib akan membawa cabaran Team Porsche Malaysia dalam kategori Pro, manakala Adrian D’Silva bersama EBM dan Douglas Khoo bersama Viper Niza Racing akan bersaing dalam kategori Masters.

Naquib Azlan – Tonggak Team Porsche Malaysia

Antara nama paling menyerlah musim ini ialah Naquib Azlan yang kembali menggalas cabaran Team Porsche Malaysia dengan jentera #17 dalam kategori Pro.

Naquib membuka kempen 2026 dengan cukup bergaya di Shanghai International Circuit apabila meraih pole position sebelum dinobatkan sebagai pemenang Pusingan 1 selepas perlumbaan dihentikan susulan insiden awal.

Pelumba Malaysia itu kemudian meneruskan kepantasan satu pusingan yang luar biasa apabila meraih dua pole position di Zhuhai, sebelum mengulangi pencapaian tersebut di Fuji dan Bangsaen.

Image from: Naquib Azlan, Adrian D’Silva & Douglas Khoo Wakil Malaysia Dalam Porsche ARBox Carrera Cup Asia 2026
Foto: PCCA

Kemuncak prestasinya setakat ini hadir di Fuji International Speedway apabila Naquib berjaya menamatkan Pusingan 6 di tempat kedua untuk mencatatkan podium pertamanya musim ini bersama Team Porsche Malaysia.

Malah, selepas lapan pusingan, Naquib terus menjadi antara pelumba yang paling konsisten dari segi prestasi kelayakan, termasuk meraih enam pole position sepanjang musim setakat ini.

Kini, beraksi di laman sendiri, tumpuan pastinya terarah kepada kemampuan Naquib untuk menterjemahkan kelajuan satu pusingannya kepada keputusan podium atau kemenangan di Sepang.

Adrian D’ Silva – Pengalaman Dalam Kategori Masters

Image from: Naquib Azlan, Adrian D’Silva & Douglas Khoo Wakil Malaysia Dalam Porsche ARBox Carrera Cup Asia 2026
Foto: PCCA

Sementara itu, Adrian D’ Silva terus membawa pengalaman luasnya dalam PCCA bersama EBM, dengan jentera #61 yang disenaraikan dalam kategori Masters untuk pusingan Sepang.

Image from: Naquib Azlan, Adrian D’Silva & Douglas Khoo Wakil Malaysia Dalam Porsche ARBox Carrera Cup Asia 2026
Foto: PCCA

Adrian telah menghasilkan beberapa keputusan positif sepanjang musim 2026, termasuk kemenangan dalam kategori Masters di Fuji International Speedway.

Pelumba berpengalaman itu kemudiannya kembali ke puncak podium di Bangsaen Street Circuit dalam Pusingan 8, sekali gus menambah satu lagi kemenangan penting dalam kempen musim ini.

Dengan prestasi tersebut, Adrian pastinya antara nama yang perlu diberi perhatian apabila kategori Masters kembali beraksi di Sepang.

Douglas Khoo – Cabaran Bersama Viper Niza Racing

Image from: Naquib Azlan, Adrian D’Silva & Douglas Khoo Wakil Malaysia Dalam Porsche ARBox Carrera Cup Asia 2026
Foto: PCCA

Turut mengibarkan Jalur Gemilang ialah Douglas Khoo, yang beraksi bersama Viper Niza Racing dalam kategori Masters.

Khoo sebelum ini mencuri perhatian di Zhuhai International Circuit apabila berjaya menamatkan Pusingan 4 di tempat ketiga kategori Masters, sekali gus menghadiahkan satu lagi podium buat pelumba Malaysia.

Berdasarkan provisional entry list terkini, Douglas Khoo disenaraikan dengan jentera #65 Viper Niza Racing untuk Pusingan 9 hingga 11 di Sepang.

Aksi di laman sendiri pastinya memberikan peluang buat Douglas Khoo untuk memburu satu lagi keputusan podium dalam kategori Masters.

Sepang Jadi Pentas Tiga Wakil Malaysia

Pusingan Sepang kali ini bakal menjadi antara hujung minggu paling menarik dalam kalendar PCCA 2026 apabila tiga perlumbaan akan berlangsung dalam tempoh tiga hari.

Selain aksi perlumbaan, hujung minggu ini turut menampilkan perlumbaan dengan format yang berbeza termasuk perlumbaan malam serta perlumbaan lebih panjang dengan rolling start, sekali gus menguji strategi, ketahanan dan konsistensi setiap pasukan serta pelumba.

Buat peminat tempatan, kehadiran Naquib Azlan, Adrian D’Silva dan Douglas Khoo memberikan tiga nama untuk diberi perhatian apabila Porsche ARbox Carrera Cup Asia kembali ke Sepang.

Dengan Naquib memburu keputusan besar dalam kategori Pro, manakala Adrian dan Douglas bersaing dalam kategori Masters, ketiga-tiga pelumba ini pastinya mahu memanfaatkan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk menghasilkan keputusan terbaik musim 2026.

Nota: Provisional Entry List bertarikh 17 Ogos 2026 adalah tertakluk kepada pindaan.

The post Naquib Azlan, Adrian D’Silva & Douglas Khoo Wakil Malaysia Dalam Porsche ARBox Carrera Cup Asia 2026 appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved