Naratif itu sama sekali tidak benar, tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan – Niezam Zaidi

Entertainment
4 Sep 2026 • 4:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Naratif itu sama sekali tidak benar, tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan – Niezam Zaidi

PETALING JAYA: Pelakon, Niezam Zaidi memaklumkan dia masih mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang mengaibkannya di media sosial sebelum ini.

Menurut Niezam, dia sudah mendapatkan pandangan beberapa peguam berhubung perkara tersebut, namun sehingga kini belum memfailkan sebarang tindakan termasuk menghantar surat tuntutan (LOD).

“Saya sudah mendapatkan pandangan daripada beberapa peguam dan mereka memaklumkan kemungkinan untuk saya memenangi kes ini adalah besar. Namun, apabila mendengarnya, saya terfikir tentang keluarga pihak berkenaan. Saya fikir, untuk apa saya lakukan sesuatu yang akhirnya mungkin memberi kesan kepada keluarga mereka?

“Setakat ini belum difailkan apa-apa dan LOD pun belum dihantar. Saya akan berbincang dengan peguam terlebih dahulu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Niezam berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran Trailer, Poster dan Runut Bunyi filem Orang Perang, hari ini.

Bagaimanapun, Niezam menyifatkan naratif yang disebarkan oleh Fify sebelum ini bersifat berat sebelah, namun dia memilih untuk mengunci mulut dan tidak mendedahkan lebih lanjut.

“Apa sahaja naratif yang telah diperkatakan, demi Allah, sama sekali tidak benar. Naratif yang dibuat itu, pada pandangan saya, hanya mengaitkan sebelah pihak. Apa yang berlaku sebenarnya melibatkan aib dan privasi seseorang. Ia bukan seperti naratif yang digambarkan. Tetapi saya tidak mahu bercerita terlalu banyak mengenai perkara ini,” jelasnya.

Pun begitu, pelakon drama Dia Bukan Syurga itu berlapang dada untuk memaafkan pihak-pihak yang telah menjatuhkan imejnya susulan kontroversi itu tercetus.

“Allah lebih mengetahui apa yang saya rasa. Saya tidak pernah mahu untuk tidak memaafkan orang. Saya maafkan sesiapa sahaja yang pernah bercakap mengenai saya.

“Termasuk jenama-jenama besar yang pernah menggunakan perkataan “cadar” untuk mempermainkan nama saya. Jangan risau, Nizam maafkan semua. Saya tidak mahu mencari sesiapa di mahsyar,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Niezam menjadi perhatian susulan perselisihan yang tercetus antara seorang aktres dan seorang wanita Singapura sehingga beberapa dakwaan berkaitan kehidupan peribadinya turut diperkatakan di media sosial.

The post Naratif itu sama sekali tidak benar, tindakan undang-undang sedang dipertimbangkan – Niezam Zaidi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved