Kontroversi Isu ‘Cadar’, Pelakon Niezam Zaidi Pertimbang Tindakan Undang-Undang – “Demi Allah…”

Entertainment
4 Sep 2026 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Niezam Zaidi tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dipercayai mencetuskan kontroversi di media sosial sebelum ini sehingga menjejaskan nama baiknya.

Menurut Niezam, naratif yang disampaikan oleh individu berkenaan adalah tidak benar sama sekali dan hanya bertujuan mengaibkan pihak tertentu.

Advertisement
View this post on Instagram

“Apa naratif yang telah dikatakan, demi Allah tidak sama sekali benar kerana naratif yang dibuat itu adalah semata-mata untuk mengaibkan sebelah pihak.

“Aib yang dilakukan itu adalah aib antara privasi seseorang dan ia bukan seperti naratif yang digambarkan. Minta maaf, tetapi saya tidak mahu bercerita terlalu banyak mengenai perkara ini.

“Kenapa saya diam? Kadang bila kita bersuara, tak semua orang akan percaya. Kalau seseorang memang tidak suka kita, walaupun kita berada di pihak yang benar, belum tentu mereka akan percaya,” jelasnya.

Niezam berkata demikian ketika ditemui pada Pelancaran Treler dan Poster filem Orang Perang di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Sudah Dapatkan Pandangan Peguam

Dalam pada itu, Niezam memaklumkan dia sudah berbincang dengan beberapa peguam mengenai perkara tersebut.

Menurutnya, peguam yang dirujuk memberitahu peluang untuk memenangi kes berkenaan adalah cerah berdasarkan bukti yang dimilikinya.

“Saya memang sudah mendapatkan pandangan daripada beberapa peguam. Peguam beritahu kemungkinan untuk saya menang kes ini adalah besar.

“Apabila saya dengar perkara itu, saya terfikir tentang keluarga pihak berkenaan.

“Saya fikir, untuk apa saya mahu lakukan sesuatu yang akhirnya mungkin memberi kesan kepada keluarga mereka? Allah lebih mengetahui apa yang saya rasa,” ujarnya.

Bagaimanapun, Niezam masih belum membuat keputusan untuk meneruskan tindakan undang-undang tersebut kerana memikirkan kemungkinan kesannya terhadap keluarga bekas kekasihnya.

Pilih Maafkan Semua Pihak

Sementara itu, Niezam berkata dia sudah memaafkan semua pihak yang terlibat dan kini memilih untuk memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya.

cDar

Katanya, dia tidak mahu mencari masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak hanya disebabkan perkara berkenaan.

“Saya tidak pernah mahu untuk tidak memaafkan orang. Saya maafkan sesiapa sahaja yang pernah bercakap mengenai saya termasuk jenama-jenama besar yang pernah mengolok-olok atau menggunakan perkataan ‘cadar’ untuk mempermainkan nama saya.

“Jangan risau, saya maafkan semua. Saya tidak mahu anda semua cari saya di akhirat nanti. Mahsyar itu luas. Di dunia pun kadang-kadang enam tahun kita tidak berjumpa,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Niezam menjadi perhatian susulan perselisihan yang tercetus antara seorang aktres dan seorang wanita Singapura sehingga beberapa dakwaan berkaitan kehidupan peribadinya turut diperkatakan di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fd2026-09-04 14:32:54

“Benda Yang Salah Tetap Salah” – Farahdhiya Terkejut Drama Madu Atau Racun Tayang Babak Sensitif

The post Kontroversi Isu ‘Cadar’, Pelakon Niezam Zaidi Pertimbang Tindakan Undang-Undang – “Demi Allah…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved