“Nasib baik sempat hentikan api…” – Lelaki Bakar Bumbung Masjid Di Kelantan Rupanya…

Entertainment
3 Oct 2023 • 1:25 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki bertindak membakar bahagian bumbung sebuah masjid sehingga menyebabkan kekecohan.

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan insiden tersebut berlaku di Masjid Mukim Bunohan, Tumpat, Kelantan kira-kira pukul 12.30 malam.

image is not available

Video penuh klik di sini.

Siak masjid berkenaan, Ayub Awang Hamat memberitahu dia menerima berita berkenaan kebakaran itu selepas diberitahu oleh rakannya, dia melihat api marak dari arah bumbung masjid itu.

Bumbung masjid itu difahamkan sedang berada dalam proses pembaikan dan terdapat banyak kotak-kotak jubin ekoran kerja-kerja pemasangan yang masih belum selesai sepenuhnya.

“Lelaki itu dipercayai naik ke atas bumbung sebelum bertindak membakar kotak-kotak di situ.

Kami lega apabila kebakaran itu tidak sempat merebak ke kawasan lain selain tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Menurutnya lagi, lelaki berkenaan dikenali oleh penduduk setempat dan dia merupakan seorang yang kurang siuman. Dia juga sering menumpang tidur di perkarangan masjid tersebut sejak hampir setahun lalu.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya masih belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Sumber: Kosmo!, X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved