‘Nasib Madu dan Racun saya serahkan pada iQIYI’

Entertainment
30 Oct 2026 • 1:51 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Nasib Madu dan Racun saya serahkan pada iQIYI’

 

KUALA LUMPUR – Pelakon, Elisya Sandha menyerahkan kepada saluran penstriman iQIYI mengenai nasib drama kontroversi lakonannya, Madu atau Racun yang masih lagi ‘digantung’ selepas tayangan episod keenam pada September lalu.

Elisya atau nama lengkapnya, Nur Elisya Sandha, 27, berkata, sebagai pelakon dia hanya menunggu perkembangan keputusan hasil suntingan semula naskhah terbabit seperti diumumkan sebelum ini.

“Sejujur-jujurnya saya pun masih menunggu tayangan episod ketujuh yang saya sendiri tidak tahu bila akan keluar.

“Apa yang boleh saya katakan mengenai Madu atau Racun, saya hanya seorang pelakon dan menjalankan tugas,” katanya selepas majlis pengumuman pelakon, Fasha Sandha sebagai duta Nu Mee.

Elisya selaku rakan jenama itu berkata, tanggungjawabnya hanya membawa watak yang diberikan dengan sebaik mungkin tanpa berniat menyebelahi mana-mana pihak menerusi jalan cerita drama berkenaan.

“Saya tidak menyentuh pihak lain Sebagai contoh, kalau kita bawa watak seorang pembunuh, adakah bermakna kita menyokong pembunuh?

“Tidak, kan? Saya rasa konsep kisah cerita ini pun sama,” ujarnya yang membawakan watak isteri kedua, Nikita Aulia.

Mengenai situasi naskhah lakonannya itu, Elisya menganggap drama berkenaan kurang bernasib baik berbanding karya lain namun memilih menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka.

Pada masa sama, dia enggan terlalu memikirkan kontroversi melibatkan drama tersebut, sebaliknya percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

“Cuma saya rasa cerita yang saya lakonkan ini kurang bernasib baik sedikit berbanding cerita-cerita lain, tetapi saya terima dengan hati terbuka.

“Saya rasa ada hikmah serta pengajaran di sebaliknya semua yang berlaku. Kita berlapang dada,” ujarnya.

Terdahulu, kontroversi Madu Atau Racun tercetus selepas beberapa klip daripada drama berkenaan tular di media sosial apabila mengundang reaksi kurang senang kerana didakwa terdapat kandungan menyentuh sensitiviti agama serta norma masyarakat.

Drama arahan Eyra Rahman itu turut menampilkan Aliff Aziz serta Uqasha Senrose itu mengangkat kisah rumah tangga, konflik poligami serta hubungan antara suami dan isteri.

Susulan itu, hasil perbincangan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) bersama agensi berkaitan memutuskan iQIYI diminta menyunting kesemua 12 episod termasuk enam episod terawal yang sudah disiarkan bermula 14 Ogos lalu.

Naskhah tersebut perlu dinilai panel untuk mendapatkan kelulusan dan ditayangkan kembali kepada umum tetapi Finas memaklumkan karya itu masih dalam proses suntingan.– KOSMO! ONLINE

The post ‘Nasib Madu dan Racun saya serahkan pada iQIYI’ appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved