National Graduate Career Fair 2026 Tawar Lebih 8,000 Peluang Pekerjaan, Gaji Hingga RM17,000

LocalBusiness & Finance
1 Oct 2026 • 9:39 AM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

KUALA LUMPUR, 30 September 2026 – Lebih 8,000 peluang pekerjaan daripada 200 majikan bakal ditawarkan kepada graduan dan pencari kerja menerusi National Graduate Career Fair 2026 yang akan berlangsung pada 3 dan 4 Oktober 2026 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Karnival kerjaya berskala nasional anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini memberi peluang kepada graduan untuk bertemu secara langsung dengan majikan, meneroka bidang kerjaya yang sesuai serta mendapatkan panduan bagi meningkatkan kebolehpasaran.

National Graduate Career Fair 2026

8,000 Peluang Pekerjaan Daripada 200 Majikan

Antara majikan utama yang mengambil bahagian ialah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

Turut menyertai karnival ini ialah Malaysia Airports Holdings Berhad, Prasarana Malaysia Berhad dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung.

Peluang pekerjaan yang ditawarkan merangkumi pelbagai sektor dan tahap kemahiran, termasuk:

  • Maklumat dan komunikasi
  • Kewangan
  • Pembuatan
  • Aktiviti profesional
  • Saintifik dan teknikal
  • Pengangkutan dan penyimpanan
  • Kesihatan dan kerja sosial
National Graduate Career Fair 2026
Image from: National Graduate Career Fair 2026 Tawar Lebih 8,000 Peluang Pekerjaan, Gaji Hingga RM17,000
Image from: National Graduate Career Fair 2026 Tawar Lebih 8,000 Peluang Pekerjaan, Gaji Hingga RM17,000
Image from: National Graduate Career Fair 2026 Tawar Lebih 8,000 Peluang Pekerjaan, Gaji Hingga RM17,000

Gaji Ditawarkan Sehingga RM17,000

Menariknya, 52.91 peratus daripada keseluruhan kekosongan pekerjaan yang ditawarkan menyediakan gaji melebihi RM3,000 sebulan.

Antara jawatan yang ditawarkan termasuk Eksekutif Akaun dengan gaji bermula sekitar RM3,000, manakala jawatan tertentu seperti Pengurus IT menawarkan gaji sehingga RM17,000 sebulan.

Menurut PERKESO, karnival ini bukan sekadar menyediakan peluang mendapatkan pekerjaan pertama, malah membuka akses kepada pekerjaan yang mempunyai potensi pendapatan dan perkembangan kerjaya lebih baik.

Bukan Sekadar Cari Kerja

Menerusi konsep “walk-through career experience”, graduan dan pencari kerja berpeluang bergerak dari satu majikan ke satu majikan, mengenal pasti kekosongan yang bersesuaian dengan kelayakan serta berinteraksi secara langsung dengan wakil industri.

Peserta juga boleh mendapatkan:

  • Semakan resume profesional
  • Khidmat kaunseling kerjaya
  • Panduan mengenal pasti kekuatan diri
  • Strategi pencarian kerja
  • Persediaan sebelum menghadiri temu duga

Pendekatan ini bertujuan menghubungkan bakat yang sedang mencari peluang dengan keperluan sebenar industri, sekali gus membantu mengurangkan jurang antara kemahiran graduan dan permintaan pasaran pekerjaan.

Daftar National Graduate Career Fair 2026

Graduan dan pencari kerja yang berminat boleh membuat pendaftaran menerusi portal MYFutureJobs di: https://myfuturejobs.gov.my/careerfair/

Maklumat lanjut mengenai National Graduate Career Fair 2026 turut boleh diperoleh menerusi portal tersebut.

PERKESO menggalakkan graduan dan pencari kerja, khususnya mereka yang sedang mencari pekerjaan, meneroka bidang kerjaya baharu atau ingin mendapatkan pekerjaan yang lebih sepadan dengan kelayakan dan kemahiran, supaya tidak melepaskan peluang menyertai karnival ini.

  • Tarikh: 3 & 4 Oktober 2026
  • Masa: 9.00 pagi – 4.30 petang
  • Lokasi: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
  • Peluang pekerjaan: Lebih 8,000
  • Majikan: Lebih 200
  • Gaji: RM3,000 hingga RM17,000 bagi jawatan tertentu

Karnival ini turut menyokong aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) dalam memperkukuh pembangunan bakat, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta menangani isu ketidakpadanan kemahiran dalam pasaran buruh.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved