
Pelakon Nazrief Nazri sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila penampilan isterinya, Aizatul Aqma, ketika bercuti menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Menerusi hantaran di Threads, Nazrief berkongsi beberapa foto mereka sewaktu percutian, namun pakaian seksi isterinya menjadi isu utama.
Isteri Nazrief Nazri ditegur gara-gara pakaian terlalu seksi

Dalam gambar tersebut, netizen mendakwa bahagian dada Aizatul terlalu terdedah dan pakaian lain pula mendedahkan bahagian belakang tubuhnya. Ramai menyifatkan ia tidak sesuai dikongsi secara umum, apatah lagi sebagai pasangan suami isteri beragama Islam.
Ada juga yang mempersoalkan tindakan Nazrief memuat naik gambar sedemikian, seolah-olah sengaja menayang aurat isteri kepada umum.
Netizen nasihat bukan kecam, kata itu tanggungjawab

Segelintir netizen menyuarakan bahawa sebagai suami, Nazrief perlu memainkan peranan menasihati isterinya tentang pemakaian yang sopan dan menjaga aurat.
Namun, dalam masa sama, ada juga warganet yang tampil menenangkan keadaan dan menyeru agar tidak cepat menghukum serta mendoakan yang terbaik buat pasangan tersebut.
Pssttt! Menegur dengan hikmah lebih indah daripada mengecam tanpa arah. Kita semua sedang belajar. Doakan yang baik agar kebaikan itu kembali kepada kita juga.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
The post
appeared first on
.


