Neelofa Dan Noor Nabila Buat ‘Comeback’ Susu Pisang, Pakai Strategi ‘Marketing’ Baru – “Dulu Pakai Banyak Stokis Dan Ejen..”

LocalBusiness & Finance
17 Aug 2026 • 2:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Selepas kira-kira lima tahun berehat daripada pasaran, usahawan dan pengacara Neelofa bersama kakaknya, Noor Nabila kembali memperkenalkan susu pisang jenama Nilofa dengan strategi perniagaan baharu.

Bagi mengembangkan semula produk berkenaan, mereka melantik seramai 50 rakan niaga yang akan menjadi penghubung utama antara pihak syarikat dan pengguna.

Advertisement

Nilofa Kembali Selepas Produksi Terhenti Ketika Pandemik

Menurut Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, kemunculan semula susu pisang Nilofa berlaku selepas beberapa perkembangan positif membuatkannya yakin untuk kembali mengusahakan produk tersebut.

View this post on Instagram

Neelofa dan Noor Nabila kembali memperkenalkan susu pisang Nilofa selepas lima tahun berehat dengan melantik 50 rakan niaga serta menyasarkan jualan 4 juta unit menjelang akhir 2026.

Neelofa berkata susu pisang Nilofa mula diperkenalkan pada November 2019 sebelum pengeluarannya dihentikan sekitar tahun 2021 susulan pelbagai cabaran ketika pandemik COVID-19.

“Pelancaran pertama susu pisang ini pada November 2019. Production terakhir mungkin pada tahun 2021.

Kita lancar produk itu beberapa bulan sebelum COVID dan kemudian berlaku pula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Banyak cabarannya sebab tak boleh nak bergerak ke sana ke sini.

Selepas dua tahun tak boleh nak teruskan dengan kos jadi kami memilih untuk berhentikan produksi.

Tak terfikir untuk comeback tetapi alhamdulillah dapat banyak sebab yang positif untuk buat semula.”

Dengan kemunculan semula produk tersebut, Neelofa berkata mereka kini meletakkan sasaran untuk menjual sekitar 4 juta unit susu pisang Nilofa menjelang penghujung tahun 2026.

Pilih 50 Rakan Niaga Berdasarkan Pengalaman Dan Komitmen

Sementara itu, Noor Nabila menjelaskan pemilihan 50 rakan niaga dibuat melalui beberapa kriteria tertentu termasuk pengalaman berniaga, kekuatan pasukan, modal serta etika dalam menjalankan perniagaan.

Mereka juga perlu mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

View this post on Instagram

“Dari semasa ke semasa kita filter dan pantau mereka punya prestasi kerana kita hanya mahu bekerja dengan rakan niaga yang komited selain berkembang bersama.

Tidak seperti dahulu yang banyak sangat stokis dan agen, pada kali ini kita mementingkan kualiti dan juga kuantiti.”

Menurut Nabila, pendekatan kali ini berbeza berbanding ketika Nilofa mula diperkenalkan kerana mereka mahu memberikan lebih banyak tumpuan kepada kualiti rakan niaga dan prestasi jualan.

HQ Nilofa Tidak Jual Terus Kepada Pengguna

Nabila turut memaklumkan bahawa pihak ibu pejabat tidak akan menjual susu pisang Nilofa secara terus kepada pengguna.

Sebaliknya, semua produk akan diedarkan melalui rangkaian rakan niaga yang sudah dilantik bagi membolehkan mereka membina pasaran dan menjana pendapatan sendiri.

“Bila kita ada rakan niaga maksudnya ibu pejabat (HQ) tidak menjual terus kepada pengguna. Jadi apa sahaja yang kita keluarkan akan dikeluarkan melalui rakan niaga.

Mereka perlu mengambil peluang ini untuk membina pasaran dan pendapatan sendiri.

Di bawah rakan niaga ini sebenarnya ada ramai stokis tetapi yang berdaftar dengan kita hanya 50 orang.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Neelofa Dan Noor Nabila Buat ‘Comeback’ Susu Pisang, Pakai Strategi ‘Marketing’ Baru – “Dulu Pakai Banyak Stokis Dan Ejen..”2026-08-17 13:44:32

"Kalau Teruskan, Aina Abdul Jadi Ahli Neraka..." -Pempengaruh Tareq Fit

The post Neelofa Dan Noor Nabila Buat ‘Comeback’ Susu Pisang, Pakai Strategi ‘Marketing’ Baru – “Dulu Pakai Banyak Stokis Dan Ejen..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved