Neelofa Sah Hamil Anak Ketiga, Peminat Teruja – “Dia Kena Beranak Banyak, Baka Elok”

24 Jun 2026 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Usahawan dan selebriti Neelofa mencuri perhatian ramai selepas pengurus media sosial Naelofar dipercayai mendedahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak ketiga.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di Threads apabila admin media sosial Naelofar dilihat membalas ciapan seorang individu secara bersahaja.

Advertisement

d

 

Menerusi balasan tersebut, admin berkenaan memaklumkan bahawa bukan pihak mereka yang hamil, sebaliknya majikan mereka iaitu Neelofa yang sedang menantikan kelahiran cahaya mata ketiga.

“Kami tak mengandung tapi boss kami, Neelofa mengandung. Doakan yang baik-baik.”

Hantaran itu kemudian meraih perhatian warganet yang rata-ratanya teruja dengan perkhabaran tersebut dan menitipkan doa agar urusan Neelofa dipermudahkan.

Dalam masa sama, ada juga netizen yang berpendapat isteri kepada pendakwah selebriti, Haris Ismail itu mempunyai kemampuan yang baik untuk membesarkan ramai cahaya mata.

e

d

Untuk rekod, Neelofa dan Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz mendirikan rumah tangga pada Mac 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

neelofa2026-06-19 10:43:23

Neelofa Didakwa Hamil Anak Ketiga, Netizen Perasan ‘Baby Bump’ Dalam Foto Terbaharu

The post Neelofa Sah Hamil Anak Ketiga, Peminat Teruja – “Dia Kena Beranak Banyak, Baka Elok” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved