Nelayan Di Terengganu Gigih Lepaskan Whale Shark Termasuk Pukat Raih Pujian Ramai [Video]

LocalEnvironment
1 Oct 2025 • 12:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Menjadi seorang nelayan bukanlah satu pekerjaan yang mudah, ada sahaja cabaran yang harus dihadapi oleh mereka dalam mencari rezeki.

Bukan hanya keadaan cuaca di lautan yang tidak menentu, malah ada kalanya mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong atau tangkapan yang sedikit.

Selain itu, ada juga nelayan yang terpaksa melepaskan ikan-ikan yang tidak boleh dimakan dan dilarang ditangkap mengikut undang-undang perikanan.

Tular nelayan lepaskan whale shark termasuk pukat

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan beberapa orang nelayan gigih mengeluarkan dua ekor ikan dipercayai jenis whale shark yang termasuk di dalam pukat mereka.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nyorkerass, kejadian dipercayai berlaku pada waktu malam di sekitar kawasan perairan di Terengganu.

Pemilik akaun terbabit sememangnya sering berkongsi videonya di lautan semasa sedang memukat ikan.

Nelayan sanggup terjun ke laut demi bebaskan whale shark

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa orang nelayan melakukan terjunan ke dalam laut dari atas bot untuk membebaskan ikan berkenaan yang berada di dalam pukat.

Kedua-dua whale shark itu juga kelihatan sedang berusaha untuk melepaskan diri mereka, namun terhalang dengan jaring pukat berkenaan.

Susulan itu, tiga nelayan terpaksa turun membantu dengan menenggelamkan sebahagian pukat bagi membuka ruang untuk ikan-ikan terbabit membebaskan diri.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang persoal ikan itu bahaya atau tidak

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Ada yang tidak mengetahui jenis ikan berkenaan dan bertanya adakah hidupan laut itu tidak membahayakan kepada manusia.

Tidak kurang juga yang memuji tindakan para nelayan berkenaan yang melepaskan semula whale shark.

Segelintir turut mendoakan para nelayan berkenaan dimurahkan rezeki di atas perbuatan murni mereka itu.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available