Nelayan ditahan tetak kepala rakan guna kapak

14 Aug 2025 • 12:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

TAWAU: Polis menangkap nelayan tempatan berumur 48 tahun yang disyaki menetak kepala rakannya dengan kapak di sebuah rumah di Kampung Pangkalan Asli Merotai Besar, di sini, pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata suspek diberkas kira-kira jam 2.20 petang Selasa di kampung berkenaan.

“Laporan polis dibuat oleh abang suspek sendiri yang berumur 59 tahun pada Isnin, sebelum membawa kepada penahanan suspek oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai,” katanya di sini, pada Rabu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Champin berkata, pada mulanya pengadu berkumpul bersama salah seorang adiknya dan mangsa di dalam rumah, sebelum seorang lagi adik pengadu (suspek) keluar dari bilik dan bertanya kepada mangsa keberadaan parangnya.

Selepas itu mangsa dikatakan berjalan untuk mengambil parang dimaksudkan, namun suspek yang mengekorinya dari arah belakang bertindak agresif secara tiba-tiba, apabila menetak kepala rakannya itu menggunakan sebilah kapak.

“Akibat kejadian itu mangsa terus melarikan diri ke halaman rumah dalam keadaan berdarah dan meminta tolong sebelum dibantu oleh salah seorang adik pengadu, yang kemudian menghantarnya ke Klinik Kesihatan Merotai Besar,” katanya.

Rentetan insiden itu mendorong pengadu membuat laporan polis sebelum membawa kepada penahanan adik lelakinya sendiri. Motif setakat ini belum diketahui dan masih dalam siasatan.

Polis turut merampas sebilah kapak yang dipercayai digunakan suspek dalam serangan itu, selepas ditemui di bawah rumah di mana insiden itu berlaku.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan berikutan perbuatan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.