Nelayan hilang ditemui lemas

12 Oct 2025 • 10:47 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PITAS: Mayat seorang lelaki tempatan berumur 42 tahun yang dilaporkan hilang di laut berhampiran Kampung Pinggan-Pinggan pada Khamis ditemui terapung oleh penduduk kampung tidak jauh dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pitas Noor Jali Maslah berkata mangsa dikenal pasti sebagai Rozaimie Masiun ditemukan di kawasan bagang oleh orang kampung kira-kira jam 7.36 pagi pada Jumaat.

“Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah mangsa bersama seorang lagi rakannya menjalankan aktiviti memanah ikan sebelum kejadian.

“Semasa mangsa dan rakannya melakukan selaman untuk memanah ikan mereka menyedari perahu yang dinaiki telah hanyut dan mangsa berusaha untuk mengambil perahu tersebut.

“Rakan mangsa naik ke atas bagang dan menunggu mangsa kembali tetapi selepas beberapa jam mangsa masih tidak kelihatan,” katanya.

Noor Jali berkata seramai lima anggota diketuai Farro Rynson Gusar bersama sebuah kenderaan utiliti dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8 pagi, Khamis menerusi talian balai.

Operasi mencari dan menyelamat (Sar) turut membabitkan APMM, PDRM, APM dan KKM, selain dibantu oleh penduduk kampung.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital oleh polis untuk tindakan lanjut.