Warga Emas Hilang Selepas Keluar Rumah

12 Oct 2025 • 4:14 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Emas Hilang Selepas Keluar Rumah

BALING, 12 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Kampung Batu 7, Jalan Kroh, dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling DSP Ahmad Salimi Md Ali berkata warga emas dikenali sebagai Abd Razak Abd Rahman, 88, dikatakan keluar dari rumahnya pada 8 pagi semalam.

“Warga emas berkenaan dipercayai berjalan meninggalkan rumahnya dan dia dikatakan uzur dan mempunyai masalah ingatan (mudah lupa).

“Ciri-ciri fizikal orang hilang ialah berketinggian 140 sentimeter, berat anggaran 50 kilogram, berambut putih, berkulit coklat, bulu kening halus, berjanggut serta misai putih dan berbadan bongkok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata aduan mengenai kehilangan warga emas itu telah dibuat oleh waris pada 4.25 petang semalam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, boleh berhubung terus dengan mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya.

image is not available
Kredit: Polis Daerah Baling Kedah via Facebook

Sumber: Bernama