
KATHMANDU – Nepal merayu bantuan kewangan antarabangsa hari ini selepas banjir lumpur mengakibatkan kemusnahan meluas berhampiran sempadannya dengan Tibet tetapi menyatakan, Kathmandu mampu mengendalikan keadaan tanpa pasukan menyelamat asing.
“Fokus kami sekarang adalah kepada usaha mencari dan menyelamat,” kata jurucakap Kementerian Luar Lok Bahadur Chhetri kepada AFP.
Beliau berkata, pasukan keselamatan Nepal mampu mengendalikan operasi menyelamat, tetapi kerajaan akan meminta kepakaran asing yang khusus jika diperlukan.
“Bukannya kami tidak memerlukan bantuan, tetapi rangkaian keselamatan kami mampu dan berfungsi dengan berkesan sekarang.
“Jika Nepal memerlukan sebarang bantuan atau kepakaran khusus, maka kami akan memintanya,” kata Lok Bahadur.
Pejabat perdana menteri telah merayu dana untuk membantu pemulihan daripada bencana tersebut, baik dari dalam mahupun luar negara.
Banjir dan tanah runtuh melanda wilayah tersebut Rabu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 482 orang serta memusnahkan rumah, jalan raya, jambatan dan infrastruktur kuasa hidro. – AFP
The post Nepal tolak bantuan asing, minta salurkan dana appeared first on Kosmo Digital.






