Nestcon terima subkontrak RM44.12 juta bagi kerja-kerja tanah di Labu

LocalBusiness & Finance
13 May 2025 • 6:09 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Nestcon terima subkontrak RM44.12 juta bagi kerja-kerja tanah di Labu

image is not available

13/05/2025 - 18:09

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 13 Mei - Nestcon Bhd menerusi Nestcon Borneo Sdn Bhd menerima subkontrak bernilai RM44.12 juta daripada Matrix Excelcon Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembersihan tapak dan kerja tanah bagi pembangunan bercampur di Labu, Negeri Sembilan.

Kumpulan itu berkata, subkontrak itu bermula pada 15 Mei 2025 dan dijadual siap dalam tempoh 32 bulan.

Menerusi kontrak itu, tempoh liabiliti kecacatan adalah selama 12 bulan daritarikh Sijil Siap Praktikal.

"Nestcon Borneo hendaklah menjalankan kerja-kerja subkontrak mengikut terma dan syarat tambahan lain seperti yang ditetapkan dalam surat anugerah," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Kumpulan itu berkata, subkontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham dan penggearan syarikat sepanjang tempoh kerja subkontrak itu.

Syarikat tidak meramalkan sebarang risiko luar biasa selain daripada risiko operasi biasa yang berkaitan dengan subkontrak itu.

Bagaimanapun, syarikat akan mengambil langkah yang perlu untuk mengurangkan risiko apabila ia berlaku. - DagangNews.com

standard