Nestlé labur RM500,000 bantu belia jayakan impian

LocalStartup
10 Sep 2026 • 3:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nestlé labur RM500,000 bantu belia jayakan impian

PUTRAJAYA: Nescafé Malaysia memperuntukkan sehingga RM500,000 bagi menyokong golongan belia Malaysia merealisasikan impian dan aspirasi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, pelaburan itu akan menyediakan sokongan mentor serta peluang kepada belia untuk merealisasikan idea dan membangunkan syarikat pemula niaga (start up) yang diimpikan.

Beliau berkata, inisiatif berkenaan diperkenalkan bagi memberi peluang kepada golongan belia mengubah aspirasi mereka kepada peluang yang boleh direalisasikan.

“Nescafé akan melaburkan RM500,000 dalam peluang kehidupan untuk membantu belia Malaysia dengan sokongan mentor dan peluang untuk menghidupkan startup yang mereka ingin bina,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan projek Nescafé Hidupkan Duniamu, di sini, hari ini.

Juan berkata, inisiatif itu tercetus susulan penglibatan pihaknya dalam pelbagai program bersama masyarakat sejak Mei lalu.

Katanya, Nescafé sebelum ini bekerjasama dengan warga kerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta petugas barisan hadapan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) di Johor.

Menurutnya, lebih 300,000 cawan kopi telah disediakan menerusi pelbagai penglibatan berkenaan, selain ruang untuk mereka berehat, bersantai dan berinteraksi.

Beliau berkata, penglibatan bersama golongan berkenaan turut memberi inspirasi kepada pihaknya untuk membantu lebih ramai belia Malaysia mencapai impian masing-masing.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Malaysia, Norkhayati Mohamed Hashini berkata, inisiatif berkenaan memberi tumpuan kepada golongan muda kerana ramai antara mereka mempunyai impian dan minat yang besar.

Image from: Nestlé labur RM500,000 bantu belia jayakan impian
NORKHAYATI MOHAMED HASHINI

Katanya, sebahagian daripada golongan muda berkenaan juga sudah memulakan syarikat pemula niaga pertama sebagai aktiviti sampingan, namun berdepan cabaran dalam mengimbangi kerjaya dan komitmen kewangan.

“Melalui projek Hidupkan Duniamu, kami menawarkan sokongan yang menyeluruh kepada golongan muda yang terpilih melalui bantuan kewangan, bimbingan mentor dan juga platform untuk mereka berkongsi pengalaman serta kisah perjalanan first startup kepada generasi muda lain,” katanya.

Penyertaan bagi inisiatif berkenaan akan dibuka mulai 1 Oktober ini bersempena Bulan Kopi Antarabangsa dan peserta perlu menyediakan video TikTok berdurasi 90 saat serta berkongsi gambar bagi membolehkan impian dan idea mereka dipertimbangkan untuk pemilihan. – UTUSAN

The post Nestlé labur RM500,000 bantu belia jayakan impian appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved