Netflix Berhenti Melaporkan Jumlah Pelanggan

TechnologyDigital
18 Apr 2025 • 8:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak menjadi platform penstriman video berbayar paling popular di dunia, Netflix akan mengumumkan jumlah pelanggan mereka dalam laporan kewangan setiap suku tahunan. Tetapi dalam laporan suku tahunan yang dilakukan semalam, Netflix mengatakan mereka tidak lagi akan mengumumkannya kepada pelabur.

image is not available

Sebaliknya hanya peningkatan pendapatan sahaja akan didedahkan kepada pelabur sebagai kayu pengukur prestasi syarikat. Pada Q1 2025, Neftlix mencatatkan peningkatan pendapatan sebanyak 12.5% berbanding suku sama tahun lalu. Ini dipacu oleh peningkatan harga langganan pelanggan di Amerika, Kanada, Portugal dan Argentina.

Pada penghujung suku yang lalu, Netflix mencatatkan 302 juta pelanggan berbayar dengan pelan yang disokong pengiklanan mencatatkan pertumbuhan terbesar. Tindakan mereka menamatkan laporan jumlah pelanggan setiap suku adalah kerana pertumbuhan yang semakin perlahan disebabkan oleh persaingan serta faktor ekonomi yang masih belum pulih pasca pandemik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved