Netizen Berang Lihat Kucing Ditemui Dalam Keadaan Lemah, Badan Pula Dicat Putih

Entertainment
30 Sep 2023 • 11:36 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, seekor kucing telah menyebabkan ramai warganet sedih bercampur geram apabila haiwan tersebut ditemui dalam keadaan lemah dan badannya pula dicat putih.

Kucing tersebut telah ditemui oleh seorang pengguna media sosial, izzat_bashir yang kemudiannya berkongsikan keadaan kucing itu di X (dahulunya dikenali sebagai Twitter).

Dalam perkongsian menerusi X itu, badan kucing itu telah dicat putih dipercayai oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Keadaan kucing itu yang lemah dan dicat telah menimbulkan kemarahan orang ramai kerana rata-ratanya tidak menyangka ada individu yang sanggup berbuat jahat sebegitu sekali kepada binatang.

image is not available

Nasib kucing itu baik kerana ia ditemui oleh orang yang baik hati kerana menurut izzat_bashir, si bulus itu kemudiannya telah dimandikan agar bersih dan bulunya juga kembali ke warna asal.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved