Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Keakraban Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama dua cahaya mata pelakon dan penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna sekali lagi mencuri tumpuan warganet di media sosial!
Menerusi beberapa perkongsian video tular baru-baru ini, Syed Saddiq dilihat menggalas tanggungjawab menjaga dan menguruskan kedua-dua beradik itu sepanjang menyertai program larian kanak-kanak, IronKids di Langkawi. Ini memandangkan Bella difahamkan tidak dapat bersama mereka dalam acara itu kerana terikat dengan tugasan lain.
Artikel berkaitan : Muhyiddin, Syed Saddiq Antara 13 Ahli Parlimen Tandatangani CSA Dengan Kerajaan
Artikel berkaitan : Bella Astillah Geli Hati Tengok Hadiah Peminat Bagi Pijama Gambar Syed Saddiq
Ara manja peluk Syed Saddiq
Keakraban mereka jelas terpancar apabila Ara dilihat begitu selesa dan manja memeluk erat leher Syed Saddiq ketika didukung.
Dalam satu lagi klip video yang mencuit hati, Syed Saddiq yang sedang mendukung Ara sempat berseloroh mengenai ketiadaan Bella pada waktu pagi sebelum menyambung mengenai hidangan sarapan pagi di dalam bilik (in-room breakfast) yang disediakan untuk anak-anak sebelum acara bermula.
“Tak perlu keluar pun datang dalam bilik, anak-anak pun terus makan dan sekarang sudah bersedia untuk IronKids,” ujarnya sambil tersenyum mesra bersama Ara.
Setia teman lari sampai ke garisan penamat
Tidak cukup dengan itu, gelagat Syed Saddiq menemani Ara menyertai larian IronKids turut mendapat pujian ramai. Dari garisan mula sehinggalah ke garisan tamat, Syed Saddiq dilihat berlari di sisi Ara sambil memberikan kata-kata semangat dan memastikan keselamatan si kecil itu sentiasa terjamin.
Malah, sebaik sahaja Ara berjaya menamatkan larian dan menerima pingat, Syed Saddiq juga dilihat membantu memegang beg serta menghulurkan botol air minuman buatnya.
Bawa mandi kolam siap kupaskan pisang!
Dalam video seterusnya, apa yang paling membuatkan ramai terhibur dan cair hati adalah cara santai dan teliti Syed Saddiq dalam melayan kerenah Ayden dan Ara.
Kelihatan Syed Saddiq membuat kejutan dengan membawa kedua-dua beradik yang sudah bersiap sedia berbalut tuala menuju ke kolam renang peribadi (private pool) lengkap dengan hidangan buah-buahan segar.
Bukan sekadar menemani mereka mandi-manda, YB Muar itu turut dilihat melayan permintaan Ayden dan Ara yang mahukan buah pisang, siap mengupaskan kulitnya satu persatu sambil berbual mesra dengan mereka di dalam kolam.
“Rezeki Ara dapat bapa penyayang” – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat keserasian antara Syed Saddiq dengan anak-anak Bella. Ramai yang memuji sifat penyayang dan sabar ahli politik muda itu dalam menguruskan kanak-kanak.

Sumber : Instagram 1, Instagram 2, Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






