Netizen Kagum, Kanak-kanak Pancing Ikan Besar Dekat Mall

26 Jan 2023 • 4:36 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Selalunya port orang memancing ni ada banyak. Contohnya di kolam pancing, sungai atau laut. Tapi baru-baru ini lokasi memancingnya menjadi bualan netizen.

Viral di platform TikTok, aksi seorang kanak-kanak dalam lingkungan umur sekolah rendah menunjukkan bakatnya memancingnya!

Yang membuat netizen terkesima adalah tempat beliau memancing itu adalah sebuah shopping mall! Kanak-kanak tersebut berjaya memancing seekor ikan besar di The Mines!

Apa yang menghiburkan adalah tempat beliau memancing itu adalah sebuah pusat beli belah yang menjadi tumpuan orang ramai, iaitu The Mines.

Selain dari berjaya memancing seekor ikan yang besar, gaya adik mengangkat ikan itu juga menarik perhatian netizen kerana dari gayanya sudah membuktikan dia seorang pemancing yang tegar!