Netizen Korek Identiti Bakal Isteri Kim Jongkook Lebih Mendalam – “Bisnes Besar”

WorldEntertainment
20 Aug 2025 • 10:45 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita mengenai perkahwinan penyanyi dan selebriti terkenal Korea Selatan, Kim Jong-kook, terus menjadi bualan hangat peminat. Sejak pengumuman mengejutkan itu dibuat, ramai netizen mula “menggali” identiti wanita bertuah yang bakal menjadi suri hatinya.

Terbaru, beberapa laporan di media Korea mendakwa bahawa bakal isteri Kim Jong-kook merupakan seorang usahawan berjaya yang memiliki bisnes salon kecantikan berpengkalan di Las Vegas, Amerika Syarikat. Nama wanita itu turut disebut-sebut sebagai Amy Kim, seorang personaliti yang dilihat mempunyai latar belakang kukuh dalam dunia perniagaan kecantikan.

image is not available

Pendedahan ini sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi, lebih-lebih lagi di kalangan peminat setia rancangan Running Man yang pada awalnya berharap Kim Jong Kook berjodoh dengan rakan sepasukan, Song Ji -hyo.

Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada pihak Kim Jong-kook sendiri, spekulasi mengenai identiti Amy Kim membuatkan ramai semakin teruja untuk menantikan hari bahagia penyanyi berusia 48 tahun itu.

image is not available 2025-08-19 12:17:17

"Saya Dah Lama Berharap" - Peminat Kecewa Isteri Kim Jongkook Bukan Song Jihyo