Netizen Luah Rasa Kecewa ‘Beam’ Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching

31 Dec 2022 • 8:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jadi mangsa vandalisme kurang daripada seminggu beroperasi

Netizen Luah Rasa Kecewa ‘Beam’ Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching. Baru sahaja beberapa hari beroperasi di Kuching, seorang individu mendakwa skuter elektrik ‘Beam’ telah pun menjadi mangsa kerakusan individu yang tidak bertanggungjawab.

image is not available
Netizen Luah Rasa Kecewa ‘Beam’ Jadi Mangsa Vandalisme Di Kuching. Kredit foto: Fb Bateri Kereta Kuching

Difahamkan, pelaku tersebut sengaja menjatuhkan skuter elektrik yang diparkir di tepi jalan.

Undang pelbagai reaksi netizen

Tindakan tersebut telah mengundang reaksi kurang enak daripada netizen kerana rata-rata meluahkan rasa kecewa. Hal ini kerana, skuter tersebut sepatutnya dijaga dengan elok memandangkan ianya merupakan harta benda awam yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja.

image is not available

Sebaliknya, kemudahan itu dilihat sengaja ‘diusik’ dan dibiarkan tersadai di tepi jalan.

Namun, ada juga netizen berpendapat pengguna tersebut tidak bertanggungjawab dengan membiarkan skuter itu tersadai di tepi jalan dan tidak memarkir ‘Beam’ tersebut dengan betul.

Skuter boleh ditinggalkan di mana-mana sahaja namun terdapat penalti dikenakan

Untuk info, walaupun skuter elektrik itu boleh ditinggalkan di mana-mana sahaja tetapi pengguna diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan ini dengan bertindak ‘lepas tangan’ selepas menggunakan skuter tersebut.

Sebaiknya, pengguna dinasihatkan untuk meletakkan semula skuter tersebut ke tempat parkir asal yang disediakan oleh pihak ‘Beam’.

Tambahan juga, pengguna juga akan dikenakan penalti sekiranya tidak meletakkan skuter itu ke tempat parkir yang disediakan.

Jadi, untuk mengelakkan penalti lebih baik skuter tersebut diletakkan ke parkir yang disediakan oleh pihak Beam dan keadaan skuter itu pun dijamin selamat.

Lagi artikel terbaru di sini: