Netizen luah syukur, Aliff Syukri umum tiada lagu raya tahun ini

Music
21 Mar 2024 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tiada lagu raya

Usahawan kontroversi, Aliff Syukri mohon maaf kepada orang ramai kerana tiada lagu raya pada tahun ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 36 tahun itu di laman Instagramnya, dia meminta netizen untuk mendoakan agar hasratnya untuk menghasilkan lagu raya pada tahun depan tercapai.

Tiada lagu raya

Ujar Aliff, dia reda dengan apa yang telah berlaku dan akan mencari ketenangan di luar negara.

“Doakan semua tahun depan saya boleh beraksi untuk lagu raya untuk rakyat Malaysia. Tahun ni maafkan saya, saya reda dengan ketentuan Allah.

“Tahun ini saya tak dapat keluarkan lagu, saya harap korang bersabar, bertenang. Saya reda dan biarlah saya cari ketenangan kat luar negara,” katanya.

Tiada lagu raya

image is not available

Netizen luah syukur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan pengumuman yang dibuat oleh Aliff kerana dapat beraya dengan tenang.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Ada juga netizen sedih

Pun begitu, segelintir netizen akui sebak ketiadaan lagu Raya usahawan tersebut pada tahun ini yang tidak dapat menyerikan lagi suasana Aidilfitri.

image is not available image is not available image is not available

Sumber: Instagram @Aliff Syukri