Mahu Pastikan Keselamatan, Anggota Polis Sanggup Undur MPV Selepas Nampak Pagar Rumah Terbuka Raih Pujian [Video]

23 Sep 2026 • 12:45 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, ada sahaja kisah kurang enak yang dipaparkan di media sosial mengenai sikap segelintir anggota polis.

Keadaan ini menyebabkan timbulnya persepsi negatif dalam sesetengah warganet terhadap pasukan keselamatan itu sedangkan hakikatnya masih ramai lagi anggota yang baik dan jujur dalam menjalankan tugas.

Wanita Kongsi Kebaikan Anggota Polis, Jelas Tak Semua Polis Adalah Sama

Baru-baru ini, seorang wanita tampil berkongsi kebaikan anggota polis terhadap keluarganya.

Kongsi wanita yang dikenali sebagai Noraini dalam satu hantaran di Threads, dia meminta orang ramai untuk tidak menghukum apatah lagi menganggap kesemua polis adalah sama.

Ini kerana jelasnya, dia sendiri pernah berhadapan dengan anggota yang membuat kerja dengan baik dan jujur.

“Korang, jangan la pukul rata semua polis. Ada je polis yang buat kerja baik,” tulisnya.

Wanita Kongsi Rakaman CCTV Papar Kebaikan Anggota, Sangggup Undurkan Kenderaan Lepas Lihat Pintu Pagar Rumah Terbuka

Menerusi hantaran sama, Noraini turut berkongsi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu.

“Nah bukti pukul 1.15 pagi weh. Polis ingat rumah aku kena rompak sebab pagar tak tutup. Gigih la undur balik, nak pastikan kitorang baik-baik je,” tulisnya.

Melalui video yang dikongsikan, kelihatan pagar rumahnya berada dalam keadaan separuh terbuka dan sebuah Unit Kereta Peronda (MPV) polis baru sahaja melalui hadapan rumahnya.

Apa yang menjadi perhatian adalah polis berkenaan dilihat mengundurkan kereta sebelum berhenti di hadapan kediaman Noraini.

Anggota yang berada di tempat duduk pemandu kemudiannya menekan loceng dan masuk ke dalam rumah sambil menyuluh ke arah kediaman tersebut.

Bukan itu sahaja, anggota berkenaan siap melihat kawasan sekeliling dipercayai bagi memastikan keadaan selamat sebelum menekan loceng sekali lagi.

Setelah beberapa ketika, keluar seorang lelaki datang menyapa anggota berkenaan.

Anggota itu kemudiannya menyatakan tujuan dia singgah ke rumah Noraini dan memastikan keselamatan mereka sekeluarga sebaik melihat pagar rumah mereka terbuka.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 1.15 pagi pada 15 November 2025, tahun lalu.

Wanita Mahu Orang Ramai Jaga Percakapan

Kongsi Noraini dalam hantaran berasingan, dia menasihati orang ramai agar menjaga percakapan.

Ini kerana jelasnya masih ada lagi anggota polis yang jujur ketika melakukan pekerjaan.

“Aku cuma nak cakap. Kita kalau bercakap, tengok kiri kanan. Kalau suami, ayah, abang, kakak aku keje polis then orang cakap polis semua tak boleh pakai, kecil hati weh.

“Tak kisah mana-mana pekerjaan, ada je orang buat kerja jujur dan ikhlas. Adik JNT yang selalu hantar barang dekat taman aku ni, sebab prihatin dia la kitorang dapat tahu jiran sebelah rumah aku meninggal sorang-sorang dekat rumah tau,” kongsinya lagi.

View on Threads

Warganet Puji Kebaikan & Keprihatinan Anggota, Ada Juga Turut Berkongsi Pengalaman Sama

Perkongsian yang telah mendapat lebih 818,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji sikap anggota polis berkenaan yang jujur dan baik ketika menjalankan tugas.

Malah, ada juga yang turut berkongsi pengalaman sama berhadapan dengan kebaikan anggota polis sewaktu menjalani kehidupan seharian.

Pada masa sama, ada juga warganet yang menzahirkan terima kasih kepada Noraini kerana hantarannya itu telah membuka mata segelintir netizen mengenai kebaikan pihak berkuasa.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Terima Kasih Kerana Masih Ada Lagi Kepercayaan Terhadap PDRM, Saya Sebagai Anggota Tak Nafikan Kes Rasuah Berleluasa Tapi Tak Adil Jika Pukul Rata”

Image from: Mahu Pastikan Keselamatan, Anggota Polis Sanggup Undur MPV Selepas Nampak Pagar Rumah Terbuka Raih Pujian [Video]

“Polis Baik Jarang Jumpa Tapi Yang S*al Tu Merosakkan Nama Baik PDRM”

Image from: Mahu Pastikan Keselamatan, Anggota Polis Sanggup Undur MPV Selepas Nampak Pagar Rumah Terbuka Raih Pujian [Video]

“Ramai Je Polis Baik, Dulu Client Saya Cerita Ada Seorang Polis Dekat Johor Tolak RM30k Nak Settle Kes Mabuk, Polis Tu Cakap ‘U Ambil La RM30k Ni Lantik Lawyer”

Image from: Mahu Pastikan Keselamatan, Anggota Polis Sanggup Undur MPV Selepas Nampak Pagar Rumah Terbuka Raih Pujian [Video]

“Sama, Haritu Aku Lepak Lepas Habis Badminton, Balik Malam Sorang, Polis Ronda Naik Motor Follow Belakang Sebab Taman Aku Sunyi Gila, Aku Dah Masuk Betul Dalam Rumah, Baru Dia Start Ronda Balik”

Image from: Mahu Pastikan Keselamatan, Anggota Polis Sanggup Undur MPV Selepas Nampak Pagar Rumah Terbuka Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Dua Anggota Polis Trafik Bantu Tunda Motosikal Rosak Tepi Jalan Sampai Bengkel Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: 2 Anggota Polis Sanggup Turun Dari Motosikal Peronda & Pimpin Warga Emas Berjalan Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Cukup Duit Sara Anak, Tindakan Polis Hulur Wang Kepada Penunggang Motosikal Raih Pujian [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved