Pelakon Ruhainies meluahkan rasa terkilan apabila nama yang diberikan oleh ibu bapanya dengan maksud yang baik dijadikan bahan ejekan oleh segelintir pengguna media sosial.
Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, mengakui terkesan dengan gelaran berbaur penghinaan, ‘Ruhanat’, yang didakwanya digunakan terhadap dirinya sejak tiga tahun lalu.
AdvertisementRuhainies Kesal Nama Dipermainkan Jadi Ruhanat
Menurut Ruhainies, dia masih belum mengetahui individu yang mula-mula menggunakan gelaran tersebut, namun mendakwa panggilan itu terus menjadi ikutan pengguna media sosial sehingga kini.
“Mereka mengubah nama saya kepada gelaran ‘Ruhanat’. Ibu bapa saya memberikan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik.”
“Saya belum mengenal pasti siapa yang memulakan gelaran itu, tetapi netizen lain terus mengikutinya sehingga kini. Perkara ini sudah berlarutan selama tiga tahun,” katanya.
Ruhainies berkata demikian ketika sidang media berhubung tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa memfitnahnya, bersama barisan peguamnya.
Dakwa Ada Pihak Jadikan Namanya Sebagai ‘Clickbait’
Dalam pada itu, Ruhainies mendakwa terdapat pihak yang menggunakan namanya untuk menarik perhatian pengguna media sosial demi kepentingan komersial.
Menurutnya, tindakan menjadikan seseorang sebagai bahan provokasi untuk meningkatkan capaian akaun boleh memberikan kesan emosi kepada individu yang menjadi sasaran.
View this post on Instagram
“Sesetengah pihak menggunakan nama saya sebagai ‘clickbait’ atau ‘rage bait’ untuk meningkatkan capaian akaun mereka bagi menjual produk atau mempromosikan pautan perniagaan.
“Tolonglah fikirkan kesan terhadap emosi mangsa fitnah dan hormatilah hukum-hakam,” ujarnya.
“Saya Reda Dengan Ujian Ini”
Walaupun berdepan pelbagai kecaman, Ruhainies memilih untuk menerima pengalaman tersebut sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dalam kehidupannya.
View this post on Instagram
Pelakon itu turut bersyukur kerana merasakan dugaan yang dilalui menjadikannya lebih matang dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
“Setiap dugaan ada hikmahnya. Sepanjang 34 tahun hidup, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan. Saya reda dengan ujian ini dan menganggapnya sebagai proses pembelajaran hidup.”
“Selepas ujian ini, banyak rezeki dan kehadiran orang baik datang dalam hidup saya. Saya tidak mahu mengenangkan perkara lalu, sebaliknya mahu fokus pada masa depan serta memperbaiki diri. Hikmah terbesar daripada ujian ini adalah saya dapat mendekatkan diri kepada Allah, menjadi lebih matang dan menghargai orang sekeliling,” katanya.
Tiga Individu Terima Notis Tuntutan, Berdepan Saman RM3 Juta Setiap Seorang
Terdahulu, Ruhainies melantik dua peguam, Mohd Haizal Ayop daripada EzriLaw Firm dan Fakhrul Azman Abu Hasan daripada Azainie & Fakhrul, bagi menguruskan tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang dikenal pasti.
Menurut pihaknya, notis tuntutan atau Letter of Demand (LOD) telah diserahkan kepada ketiga-tiga individu berkenaan.
Mereka dituntut supaya memadam atau menarik balik kandungan yang didakwa berunsur fitnah, selain membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari.
Sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi, pihak Ruhainies menyatakan akan meneruskan tindakan saman sivil dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta daripada setiap individu.
Bagaimanapun, jumlah berkenaan merupakan tuntutan yang dirancang dan bukannya pampasan yang telah diputuskan oleh mahkamah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Netizen Persoal Nak Saman Pemfitnah Waktu Majlis BASS, Ruhainies Pertahan Tindakan - "Tak Adil Untuk Saya Kena Tunggu"
The post “Nama Diberi Ibu Bapa, Tapi Dijadikan Ejekan” – Ruhainies Terkilan Digelar ‘Ruhanat’ Sejak Tiga Tahun Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






