Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Pelakon terkenal, Ruhainies atau nama penuhnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, telah meluahkan rasa terkilan apabila segelintir netizen memanggilnya dengan gelaran ‘Ruhanat’ sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, dia tidak tahu siapakah individu yang mula-mula menggunakan gelaran tersebut sehingga ia menjadi ikutan pengguna media sosial yang lain.
Mereka (netizen) mengubah nama saya kepada gelaran ‘Ruhanat’. Ibu bapa saya memberikan nama yang baik dan mempunyai maksud yang baik.
“Saya belum mengenalpasti siapa yang memulakan dengan gelaran tersebut, tetapi netizen lain terus mengikutinya sehingga kini, sudah tiga tahun berlarutan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Laju je buat andaian” – Tular Video Jeling Ruhainies, Betty Rahmad Selar Kenyataan Netizen
Artikel berkaitan: Ruhainies & Aliff Aziz Mengaku Bersalah Tuduhan Khalwat, Didenda RM 3,000 Setiap Seorang
Menurut mStar, perkara itu dikongsikan Ruhainies pada sidang media bersama wakil peguamnya yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas semalam.
Selain itu, pelakon ini juga mendakwa ada pihak yang menggunakan namanya sebagai umpan untuk menarik perhatian orang ramai demi meningkatkan interaksi di akaun media sosial masing-masing.
Taktik itu juga didakwa digunakan bagi tujuan mempromosi produk atau mendapatkan keuntungan menerusi pautan affiliate.
Sesetengah pihak menggunakan nama saya sebagai clickbait atau rage bait untuk menaikkan interaksi akaun mereka bagi menjual produk atau pautan affiliate.
“Tolonglah fikirkan kesan terhadap emosi mangsa fitnah dan hormatilah hukum hakam,” katanya lagi.
Pun begitu, pelakon drama Terjerat ini menerima dugaan yang menimpa dengan hati yang terbuka dan bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah sepanjang hidupnya.
Terdahulu, Ruhainies memaklumkan bahawa dia sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.
Antara dakwaan yang dipertikaikan ialah kononnya Ruhainies mempunyai hubungan sulit dengan seorang individu kenamaan.
Sumber: mStar
Sumber: Harian MetroArtikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






