Penyanyi dan pelakon Bella Astillah menegaskan bahawa dirinya lebih menghargai persahabatan yang terjalin dengan ikhlas berbanding hubungan yang perlu sentiasa dipamerkan di media sosial.
Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata, nilai sesebuah persahabatan tidak seharusnya diukur berdasarkan kekerapan seseorang itu dilihat bersama atau muncul dalam hantaran media sosial.
Advertisement

Menurutnya, persahabatan yang tulen tidak semestinya perlu sentiasa ditunjukkan kepada umum untuk membuktikan keakraban.
“Apa sebenarnya nilai persahabatan di mata kalian? Adakah ‘best friend’ hanya dikira apabila sentiasa berkepit, muncul d
alam hantaran dan sentiasa ditunjukkan kepada satu dunia?”
Dalam perkongsian sama di Threads, Bella turut mempersoalkan pandangan bahawa pengapit pengantin perlu terdiri daripada golongan popular atau rakan artis.
“Sejak bila pula apabila kita bercakap tentang bridesmaid (pengapit pengantin), semua yang terlibat wajib popular atau dalam kalangan artis?”
Menurut tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq itu, dia lebih selesa menjalinkan persahabatan yang dibina atas dasar kejujuran tanpa mengambil kira status atau populariti seseorang.
View this post on Instagram
Bella pada masa sama mengakui mempunyai ramai rakan dalam industri hiburan yang dihormati dan disayangi. Namun, dia memahami bahawa setiap individu mempunyai kehidupan serta komitmen masing-masing.
“Sudah tentu saya mempunyai kawan-kawan dalam industri yang sangat saya hormati dan sayangi juga tetapi semua orang mempunyai kehidupan sendiri.”
“Masing-masing juga ada pekerjaan, keluarga, komitmen serta urusan yang perlu dipenuhi,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pernah Dipenjara 7 Tahun, Pelakon Lelaki Sekali Lagi Ditahan Miliki Dadah
The post Netizen Pertikai Pemilihan ‘Bridesmaid’ Majlis Kahwin Bella Astillah – “Kena Tunjuk Satu Dunia Ke?” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






