Bella Astillah mewahkan pengapit, beri bagasi ‘pink’ penuh hadiah

EntertainmentLifestyle
25 Aug 2026 • 12:57 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bella Astillah mewahkan pengapit, beri bagasi ‘pink’ penuh hadiah

PETALING JAYA – Ligat membuat persediaan hari bahagia, penyanyi dan pelakon Bella Astillah tidak lupa menghargai barisan bridesmaid atau pengapitnya dengan hadiah istimewa untuk setiap seorang.

Tampil dengan kelainan, tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menghadiahkan sebuah bagasi merah jambu dipenuhi pelbagai kelengkapan untuk wanita.

“Saya dah dapat lelaki pilihan hati, tapi saya perlukan gadis istimewa saya. Sudikah kamu menjadi pengapit saya?”, itu ucapan ditulis Bella atau nama lengkapnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, pada nota penghargaan.

Menerusi video unboxing dikongsikan di media sosial, rakan-rakannya kelihatan teruja ketika membuka bagasi berkenaan.

Antara isi bagasi yang menangkap perhatian netizen adalah pengering rambut, set barangan kecantikan, baju panas bertuliskan ‘Bridesmaid’ serta aksesori lain.

Bella juga menyertakan kelengkapan ibadah termasuk sejadah atau tuala yang dihiasi nama setiap pengapit, selain kotak eksklusif rona kuning keemasan.

Wajah kesemua pengapitnya teruja menerima bingkisan khas tersebut selepas mereka berkumpul menikmati hidangan enak bersama bakal pengantin.

Penghargaan Bella untuk sahabat terdekatnya itu turut meraih pujian atas sikap pemurahnya, malah ada pengikut lain yang secara berseloroh menawarkan diri menjadi pengapit.

“Alhamdulillah, seronoknya jadi kawan baik Bella. Banyak hadiah. Moga murah rezeki selalu,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, selepas membiarkan orang ramai berteka-teki, Bella dan Syed Saddiq mengumumkan pernikahan mereka pada 10 Oktober ini atau 10.10 sebagai tarikh disatukan sebagai suami isteri.

Majlis pernikahan pasangan terbabit bakal berlangsung di bangunan kedua tertinggi dunia, Menara Merdeka Maybank. – KOSMO! ONLINE

The post Bella Astillah mewahkan pengapit, beri bagasi ‘pink’ penuh hadiah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved