Netizen Puji Atikah Suhaime Tak Pilih ‘Stroller’ Jenama Mewah - “Biasa Influencer Kaya Beli…”

27 Feb 2025 • 2:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Perkongsian video memperlihatkan pelakon Datin Atikah Suhaime sedang membeli-belah barangan bayinya yang bakal lahir seperti ’stroller’ mendapat perhatian netizen di TikTok.

Tak memilih jenama

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Atikah ‘shopping’ namun ada juga antara mereka yang memuji pelakon itu tidak memilih jenama mewah untuk barangan bayinya.

 

“Wah dia beli stroller bukan LV. Biasa influencer kaya-kaya beli stroller yang LV, Chanel, Fendi,” komen individu tersebut.

 

Bagaimanapun Atikah membalas komen tersebut dengan mengatakan dia lebih mengutamakan kualiti berbanding jenama itu sendiri.

“Kualiti tak baguslah. Teruk. Harap brand saja. Cuba you pergi butik itu semua tengok stroller mereka lepas itu nampak buruk. Harga pun hampir sama dengan ini,” katanya.

Sambung rambut

Bukan mengenai ‘stroller’ sahaja, malah ada juga netizen yang bertanyakan Atikah mengenai tindakan dia melakukan sambungan rambutnya.

 

“Huh? Tika tak sambung rambut. Terima kasih la fikir Tika sambung rambut. Tika cuma trim rambut sikit sebab lambat nak kering,” ujarnya.

 

Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024.

 

Hanya menghitung hari kehadiran orang baharu dalam hidup, Atikah sebelum ini mendedahkan dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata perempuan.