Atikah Suhaime Tak Melatah Netizen Tanya Soal Kebersihan Pakaian Bayi - “Jangan Terkejut Ramai Yang…”

20 Feb 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Jika sebelum ini pelakon Datin Intan Najuwa pernah mendapat soalan mengenai pakaian bayinya tidak dicuci terlebih dahulu dan kini tiba giliran aktres Datin Atikah Suhaime pula yang menjadi mangsa sasaran netizen. 


Tak cepat melatah dengan soalan netizen


Menerusi ruang komen di perkongsian video TikTok Atikah, seorang netizen bertanya kepada selebriti kelahiran Singapura itu mengenai pakaian bayinya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi. 



“Tika tak basuh ke dulu baju-baju baby itu,” komen individu tersebut. 



Tidak melatah dengan soalan tersebut, Atikah memberitahu dia sudah membasuh terlebih dahulu pakaian bayinya dan berharap netizen lain tidak bergaduh hanya kerana pertanyaan itu. 

“Terima kasih kerana ambil berat fasal Tika. Tika basuh baju sikit dulu, nanti yang lain Tika basuh. Jangan gaduh-gaduh guys. Soalan saja kot. Jangan terkejut ramai yang tak basuh baju baby dulu sebelum guna,” balasnya. 


Sebelum ini, Atikah memuat naik video memperlihatkan dia membuat ‘unboxing’ barang dan pakaian bayinya yang dibeli secara talian. 



Perkongsian tersebut meraih perhatian dan rata-rata netizen memuji sikap Atikah yang lebih memilih membeli barangan bayi atas talian dan tidak mahal biarpun aktres itu berkemampuan. 


Untuk rekod, Atikah sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada 21 Januari 2024. 



Hanya menghitung hari kehadiran orang baharu dalam hidup, Atikah sebelum ini mendedahkan dia dan suaminya bakal menimang cahaya mata perempuan.