Netizen Syak Neelofa Sedang Hamil Anak Ketiga, Ini Jawapan Tuan Badan - “Perut Berisi…”

4 Jan 2025 • 1:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa tampil menafikan dirinya kini sedang hamil cahaya mata ketiga seperti yang didakwa seorang netizen di laman sosial.

Nafi mengandung

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Nor, berkata badannya kelihatan berisi disebabkan dia gemar makan makanan Thailand.

 

“Perut berisi tomyam dan ikan stim limau,” tulisnya ringkas membalas komen netizen.

 

Penjelasan itu dibuat selepas ada netizen meninggalkan komen mengatakan perubahan fizikal isteri kepada pendakwah Haris Ismail  kelihatan ‘berisi’.

Perubahan fizikal

Selain individu tersebut juga bertanyakan adakah anak keduanya iaitu Abbas bakal menjadi abang.

 

“Giliran Abbas jadi abang pula ke? Tengok macam Cik Lofa tengah ‘berisi’ saja.

 

Untuk info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 4 dan Abdullah Abbas, 2.