Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Pasangan merpati dua sejoli Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dan tunangnya pelakon, Bella Astillah dilihat kembali lagi menjadi tumpuan netizen apabila mereka mula perasan sesuatu yang green flag pada Syed Saddiq ini.
Ianya selepas foto yang memperlihatkan Syed Saddiq yang dikatakan sedang bersarapan pagi bersama Bella Astillah usai membuat larian bersama.
Artikel berkaitan: Hargai Sokongan Warga Muar, Syed Saddiq Rancang Majlis Kesyukuran Hujung Minggu Ini
Artikel berkaitan: Bertahun-tahun Turun Naik Mahkamah, Ini Kronologi Kes Syed Saddiq

Bagaimanapun mata netizen tertumpu sesuatu pada sesuatu yang terletak di atas meja Syed Saddiq iaitu telefon bimbitnya. Terlihat gambar Bella dan berdasarkan pemerhatian netizen, ada juga gambar anak-anak Bella Astillah iaitu Ayden dan Ara di bahagian ‘casing’ telefon bimbitnya.

Bahkan, ramai netizen yang memberikan reaksi ‘cemburu’ dan makan hati melihat mereka berdua ini, selain daripada memuji kesungguhan dan kesetiaan Syed Saddiq terhadap Bella Astillah.

Sebagai rujukan, Syed Saddiq dan Bella Astillah sah mengikat tali pertunangan 28 Mac 2026 lepas dan majlis dijalankan secara tertutup dan sederhana di Taman Bukit Bamboo, Kuala Lumpur.
Sumber : Threads
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.






