Neymar cedera lagi

FootballSports
4 Sep 2026 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Neymar cedera lagi
Neymar tidak kembali beraksi, ketika Santos disingkirkan dengan agregat 3-0.

RIO DE JANEIRO - Neymar berdepan satu lagi tamparan kecederaan selepas dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika Santos seri tanpa jaringan menentang Palmeiras dalam suku akhir Copa do Brasil, lapor Xinhua.

Pemain berusia 34 tahun itu meninggalkan padang pada separuh masa pertama perlawanan pada Rabu dan tidak kembali beraksi, ketika Santos disingkirkan dengan agregat 3-0.

Selepas perlawanan itu, Neymar mengkritik keputusan melengahkan penyediaan padang sehingga sehari sebelum perlawanan.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada individu yang bertanggungjawab ke atas padang di Vila Belmiro," kata Neymar dalam satu hantaran di media sosial. "Padang semalam adalah rumput yang paling teruk, penuh dengan lubang kerana mereka melakukan pengudaraan (aeration) sehari sebelum perlawanan. Sungguh sukar dipercayai!"

Neymar hanya membuat 24 penampilan untuk Santos tahun ini berikutan kecederaan otot kaki dan lutut yang berulang. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved