Kritikan lonjak semangat tonggak Harimau Malaya

LocalFootball
11 Aug 2026 • 8:19 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kritikan lonjak semangat tonggak Harimau Malaya

KUALA LUMPUR – Pertahanan muda Harimau Malaya, Muhammad Alif Ahmad menganggap kritikan yang diterima sepanjang kempen Piala ASEAN 2026 sebagai pembakar semangat untuk terus membantu pasukan melakar kejutan pada aksi separuh akhir nanti.

Pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) semakin yakin untuk meningkatkan lagi prestasinya ketika Malaysia membuat persiapan menghadapi Vietnam dalam aksi separuh akhir pertama di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Ahad ini.

Menurut Alif, tekanan pastinya dirasainya sebaik membuat penampilan sulung bersama skuad senior, namun kritikan yang diterima selepas beberapa aksi awal mendorongnya untuk tampil lebih baik.

“Bagi saya, semua kritikan itu saya anggap sebagai motivasi. Saya rasa tekanan sejak kali pertama bermain kerana ini adalah pengalaman pertama saya bersama skuad senior.

“Saya memang tidak menjangkakan peluang ini. Saya terus daripada A1 ke skuad senior dan tidak pernah terfikir tiba-tiba mendapat peluang bermain bersama pasukan senior.

“Bermain untuk skuad senior memang sentiasa menjadi impian saya. Saya sangat bersyukur dengan peluang ini dan minit permainan yang diberikan jurulatih,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Universiti Malaya, hari ini.

Pasukan kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe itu kini giat berlatih untuk menentang seteru tradisi, Vietnam selepas berjaya muncul naib juara Kumpulan B dalam misi memburu slot final pertama sejak edisi 2018. – KOSMO! ONLINE

The post Kritikan lonjak semangat tonggak Harimau Malaya appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved