Niantic Yang Menghasilkan Pokemon Go Membatalkan Empat Projek Dan Membuang Pekerja

TechnologyGamingDigital
30 Jun 2022 • 11:07 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Niantic, syarikat yang membangunkan Pokemon Go, Harry Potter Wizard United dan Ingress dilaporkan telah membatalkan empat projek serta telah membuang sehingga 8% pekerja menurut laporan Bloomberg.

image is not available

Sehingga 90 kakitangan telah diberhentikan di dalam langkah untuk mengoptimasikan operasi syarikat. Permainan yang dibatalkan pula ialah Transformers Heavy Metal,  Hamlet, Blue Sky dan Snowball. Pandemik menyebabkan Niantic mengalami masalah seperti syarikat-syarikat lain.

Walaupun empat projek di atas telah dibatalkan, Niantic akan terus memberikan sokongan kepada Pokemon Go dan meneruskan projek permainan dengan NBA yang baru diumumkan beberapa hari yang lau. Sebelum ini Harry Potter Wizard United telah dihentikan selepas jumlah pemain berkurangan.