Nik Mustapha Presiden baharu MEF

LocalBusiness & Finance
19 Sep 2026 • 3:31 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Nik Mustapha Nik Mohamed dipilih sebagai Presiden baharu Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) bagi penggal 2026 hingga 2028, menggantikan Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman yang menamatkan tempoh enam tahun menerajui persekutuan itu.

Pemilihan berkenaan dibuat pada Mesyuarat Agung Tahunan MEF di Hotel Marriott Petaling Jaya, yang turut menyaksikan pelantikan Ahli Majlis dan barisan kepemimpinan baharu.

MEF berkata, Nik Mustapha mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam pengurusan kanan dan sumber manusia, termasuk bersama syarikat multinasional serta syarikat berkaitan kerajaan.

Antara organisasi yang pernah diterajuinya ialah Unilever, Sterling Drug yang kini dikenali sebagai Haleon, Rank Xerox (kini Fuji Xerox), Permodalan Nasional Berhad dan Felda Global Ventures.

Beliau sebelum ini pernah menjadi Ahli Majlis dan Naib Presiden MEF, selain kini memegang jawatan Pengerusi Akademi MEF dan Ketua Pegawai Eksekutif/Pengurus Besar Professional Golf of Malaysia.

Nik Mustapha berkata, kepemimpinan baharu MEF akan terus memastikan suara majikan sektor swasta diwakili dalam perbincangan dasar negara.

“Keutamaan kami adalah untuk memastikan kebimbangan serta realiti majikan diwakili secara berkesan dalam perbincangan dasar negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, MEF akan memperjuangkan dasar yang praktikal, seimbang dan berasaskan bukti, selain menggalakkan kerjasama dengan kerajaan, kesatuan sekerja dan pihak berkepentingan.

Katanya, MEF turut memberi tumpuan kepada peningkatan daya saing perniagaan, penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital secara bertanggungjawab serta pembangunan tenaga kerja masa hadapan.

Sementara itu, empat Naib Presiden yang dipilih ialah Datuk Dr. Philip Ting Ding Ing, Sofiyan Yahya, Mazhatulshima Mohd. Zahid dan Nadiah Tan Abdullah.

Mohd. Najib Mohd. Seth dipilih sebagai Bendahari, manakala Abdul Halim Jantan sebagai Setiausaha. – UTUSAN

The post Nik Mustapha Presiden baharu MEF appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved