Piala ASEAN FIFA: Presiden FAM sasar pentas final

LocalFootball
19 Sep 2026 • 8:20 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Piala ASEAN FIFA: Presiden FAM sasar pentas final

LAYAK ke final menjadi sasaran yang ditetapkan oleh Presiden baharu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Ab Ghani Hassan buat Harimau Malaya yang akan bersaing di Piala ASEAN Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang akan berlangsung bermula Jumaat ini hingga 5 Oktober ini.

Menerusi senarai pemain yang dipanggil, Ab Ghani percaya skuad kali ini adalah yang terbaik dan memiliki kemampuan untuk melunaskan harapan peminat dan pucuk pimpinan baharu FAM.

“Sudah tentunya sejak dulu lagi kalau kita masuk kejohanan, kita nak yang terbaik, itu saja. Samalah seperti hari ini, kita hendak Harimau Malaya berjaya setidak-tidaknya dapat masuk ke final.

“Tapi, kita kena maklum juga, jangan kita bergantung harapan terlalu tinggi sebab bola ini biasalah, (ada) kalah menang. Apa pun yang kita buat, kita mesti pastikan pasukan kita lakukan yang terbaik.

“Saya yakin dan percaya kita boleh buat sesuatu kejutan. Keputusan yang baik akan kita perolehi, Insya-Allah,” katanya.

Dalam senarai pemain yang dikeluarkan kelmarin, dua pemain naturalisasi baharu, Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo serta pemain warisan, Brad Tapp dipanggil sertai skuad negara yang kini dilatih oleh Tan Cheng Hoe.

Saingan Piala ASEAN FIFA 2026 berada dalam Kumpulan A bersama tuan rumah, Indonesia, Singapura dan Bangladesh.

“(Peringkat) Asia kita boleh pergi, tetapi kita perlu kuasai kembali Asia Tenggara, seperti dulu. Tetapi, perlukan kerjasama, bukan di peringkat kita sahaja, tapi di peringkat kelab-kelab untuk bekerjasama membangunkan bola sepak negara,” katanya.

 

The post Piala ASEAN FIFA: Presiden FAM sasar pentas final appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved