“No wedding, takde kahwin” – Tengku Hassanal Minta Orang Ramai Hormati Privasi Berkaitan Soal Perkahwinan

Entertainment
12 Jul 2024 • 10:15 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa tak kenal dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang sering disebut-sebut dek kerana keperibadiannya yang mesra rakyat dan sering turun padang untuk menjayakan aktiviti bersama warga tempatan.

Baru-baru ini, Tengku Hassanal menerusi beberapa posting di Instagram telah memohon orang ramai supaya menghormati keputusan dan privasi peribadi berkaitan perkahwinannya kelak.

Menurut baginda, soal perkahwinan harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7)

Sebagai seorang putera raja dan waris ganti negeri, saya sangat menghargai keprihatinan dan minat yang ditunjukkan terhadap kehidupan peribadi saya oleh orang ramai.

“Namun, saya memohon supaya keputusan dan privasi peribadi mengenai perkahwinan saya pada masa hadapan dapat dihormati.

“Saya percaya bahawa pilihan hidup yang penting seperti ini harus dibuat dengan teliti dan pada masa yang sesuai bagi saya,” katanya.

Pada masa yang sama, Tengku Hassanal juga katanya hanya komited mahu berkhidmat kepada Raja dan negeri serta akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.

image is not available

image is not available

Sokongan anda semua amat saya hargai. Terima kasih,” katanya lagi.

Harap gadis-gadis di luar sana tak sedih patah hati ya. Kita hormati kehendak Tengku Hassanal, okey?

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.