Noor Atirah, suami maut nahas tak sempat ziarah pusara bapa

8 Oct 2026 • 7:42 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Noor Atirah, suami maut nahas tak sempat ziarah pusara bapa

TUMPAT – Hasrat pasangan suami isteri untuk pulang ke kampung menziarahi pusara bapa tidak kesampaian apabila mereka maut dalam nahas di Jalan Sungai Buloh berhampiran susur masuk ke Sierramas, Petaling Jaya, Selangor petang semalam.

Dalam kemalangan itu, jururawat, Noor Atirah Yacob, 32, dan suaminya, Mohd. Zulilazwan Zulkifli, 32, yang bekerja sebagai juruelektrik pendingin hawa meninggal dunia selepas motosikal yang mereka naiki terlibat nahas dengan sebuah lori.

Ibu Allahyarham Noor Atirah, Noriah Yusoff, 74 berkata, arwah yang merupakan anak ke-10 daripada 11 beradik itu ada memaklumkan akan pulang ke Kelantan pada 17 Oktober ini kerana sudah lama tidak menziarahi pusara bapanya.

Katanya, dia tidak sabar hendak berjumpa dengan cucunya, Ian Hijazi Mohd. Zulilazwan, 6, selepas kali terakhir mereka pulang pada 28 Ogos lalu untuk melihat kakaknya, Zunaidah Yacob, 53, menjalani pembedahan kecil.

“Saya tahu mengenai kemalangan itu apabila dimaklumkan oleh penduduk kampung selepas nahas itu tular di media sosial susulan orang ramai mengesan waris mangsa.

“Saya pitam seketika kerana terkejut dan tidak menyangka mangsa yang maut dalam kemalangan itu merupakan anak dan menantu,”katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Geting di sini hari ini.

Noriah memberitahu, Allahyarham Noor Atirah akan menghubunginya melalui panggilan video, namun sudah dua malam dia tidak membuat panggilan.

Katanya, arwah sebelum ini turut memaklumkan hasratnya untuk menimang cahaya mata kedua, masih diberikan rezeki kerana mempunyai masalah kesihatan.

“Saya reda dengan kehilangan anak dan menantu. Saya akan menjaga cucu bersama dengan besan selepas ini,” katanya.

Tambahnya, jenazah anak dan menantunya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Neting pukul 10 pagi tadi.

Media sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri maut apabila motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sungai Buloh berhampiran susur masuk ke Sierramas, Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Msmat, berkata pihaknya menerima laporan pada pukul 3.50 petang berhubung kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

The post Noor Atirah, suami maut nahas tak sempat ziarah pusara bapa appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved