Empat maut nahas di Gerik: Dua beranak selamat dikebumikan

5 Oct 2026 • 10:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Empat maut nahas di Gerik: Dua beranak selamat dikebumikan
Mohamad Sanuzi (tengah) menyirami pusara anak dan bekas isterinya di di Tanah Perkuburan Dusun, Telaga Bata, Kota Bharu pada Isnin.

KOTA BHARU – Dua beranak yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Gerik, Perak selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Dusun, Telaga Bata di sini pada Isnin.

Jenazah Safiyya Haura Mohamad Sanuzi, 3, dan ibunya, Tuan Shazrin Tuan Mud, 40, selesai dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 9.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut nahas di Gerik: Polis sahkan identiti mangsa

Kirim gambar terakhir anak tiga jam sebelum maut kemalangan

Bapa kanak-kanak perempuan itu, Mohamad Sanuzi Mohd Nawi, 33, berkata, dia reda dengan pemergian anak dan bekas isterinya itu serta menganggap segala yang berlaku sebagai ketentuan ALLAH.

Katanya, walaupun berat untuk menerima kehilangan anak yang dinantikan kepulangan selepas setahun berpisah, dia perlu menerima hakikat berkenaan dengan hati terbuka.

“Memang sedih, tetapi saya reda dengan pemergian mereka. Saya terima apa yang sudah ditentukan ALLAH dan anggap ini semua ketentuan-NYA.

“Saya cuma berharap mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang baik dan mendapat rahmat ALLAH,” katanya ketika ditemui pemberita di tanah perkuburan berkenaan.

Dalam kemalangan jam 12.50 tengah hari pada Ahad itu melibatkan dua kereta iaitu Proton Pesona dan Perodua Axia serta sebuah lori di Kilometer 38.5, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak.

Kesemua yang maut dalam Perodua Axia iaitu Tuan Shazrin, Safiyya Haura, dua rakan Tuan Shazrin, Al Zubair Deraman, 31, dan Mohamad Hafiz Daniel Nik Hairey, 19.

Turut ada dalam kenderaan itu, anak sulung Tuan Shazrin, Mohamad Shiraz Hammani Abdul Fattah, 9, juga anak tiri Mohamad Sanuzi.

Mohamad Sanuzi yang bekerja sebagai pengawal keselamatan berkata, selepas selesai urusan pengebumian itu, dia akan ke Hospital Taiping, Perak untuk melihat keadaan dan menemani Mohamad Shiraz Hammani yang kritikal kerana kecederaan patah kaki, tangan serta pendarahan dalam kepala.

“Doktor beritahu anak tiri saya itu dijangka menjalani pembedahan membuang darah beku dalam kepala malam ini.

“Saya harap dia kuat dan dipermudahkan untuk melalui rawatan. Dia juga dah macam anak saya sendiri,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved