Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Noor Kartini menjadi perhatian di media sosial selepas berkongsi sebab harga sebotol sambal yang dijual pada harga RM18 kepada pelanggan.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story, Noor Kartini atau lebih dikenali sebagai Mama Tini menunjukkan sambal yang dijual dalam botol kecil bersama beberapa set nasi ayam yang disediakan.
Menjengah ke media sosial, ramai hanya melihat harga RM18 tanpa mengetahui bahawa ejen menerima harga yang lebih rendah, sekali gus memberi ruang untuk mereka menjual semula dan memperoleh keuntungan.
Dalam video tersebut, beliau turut menjelaskan bahawa harga runcit RM18 bukan semata-mata untuk sambal, sebaliknya mengambil kira sistem jualan melalui ejen yang ditawarkan.
View this post on Instagram
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang berpendapat harganya masih agak tinggi untuk kuantiti sekitar 150ml, manakala ada juga yang memahami konsep jualan ejen yang diterangkan.
Setakat ini, video tersebut terus mendapat perhatian ramai dan mencetuskan perbincangan mengenai penetapan harga produk serta model perniagaan berasaskan ejen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pengantin Minta Jurugambar Bayar Ganti Rugi Gara-Gara Makan Lauk Kenduri, Lelaki Ini Buat Permohonan Maaf - "Dah 'Bank In' RM500"
The post Noor Kartini Luaskan Perniagaan, Jual Sambal Nasi Ayam 150ml Harga RM18 Sebotol Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




