Usahawan terkenal, Datin Noor Kartini membuka peluang kepada orang ramai di luar Kuala Lumpur untuk menyertai rangkaian ejen jualan Nasi Ayam Mama Tini yang kini mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Noor Kartini memaklumkan bahawa mereka yang berminat boleh menghubunginya secara peribadi bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai peluang tersebut.
View this post on Instagram
Menurut ibu kepada usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa itu, keputusan mencari ejen di luar Kuala Lumpur dibuat susulan permintaan yang semakin meningkat terhadap Nasi Ayam Mama Tini.
“Kepada sesiapa yang nak jadi ejen Nasi Ayam Mama Tini, boleh mesej saya. Kita nak ejen yang luar Kuala Lumpur.Sebab ramai sangat yang nak nasi ayam saya.”
Beliau turut mendedahkan beberapa negeri mencatatkan permintaan yang tinggi daripada pelanggan yang ingin menikmati hidangan tersebut, walaupun ketika ini operasinya hanya tertumpu di Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
“Kuantan, Seremban, Melaka, Johor dan Kelantan antara negeri yang banyak buat permintaan. Siapa-siapa nak jadi ejen, boleh saja mesej.”
Perkongsian itu sekali gus memberi peluang kepada individu yang berminat dalam bidang perniagaan makanan untuk menjadi sebahagian daripada rangkaian ejen Nasi Ayam Mama Tini, selain membantu memenuhi permintaan pelanggan di pelbagai negeri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

“Panggilan Sayang Itu Bukan Konten” – Fazley Yaakob, Vida Sah Bercinta
The post “Ramai Sangat Nak Nasi Ayam Saya” – Noor Kartini Buka Tawaran Orang Luar KL Jadi Ejen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






